Skip to content

“WANITA SOLEHAH, WANITA HIASAN DUNIA”

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat mulia. Sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah. Darjat seorang wanita dipandang tinggi dalam agama Islam. Wanita solehah adalah bakal bidadari syurga yang menjaga kehormatannya kerana takutnya mereka kepada penciptanya. Mereka juga bersusah payah menjaga auratnya dengan sempurna sehingga sanggup diketawakan,rela berpanas dan diejek oleh orang lain. Tetapi mereka menghadapinya dengan redha , ini kerana mereka faham bahawa ada manisnya di setiap pengorbanan itu.

Wanita sanjungan penghuni langit tidak akan menunggu masa menentukan sesuatu dalam hidupnya yang akhirnya menyalahkan waktu tetapi menggunakan masa yang ada untuk berbuat beribu kebaikan dengan kelembutan, kesopanan, serta ketegaran yang dimilikinya agar mampu memberi kesan yang baik pada orang lain.

Tapi apakah ciri-ciri yang menjadikan seseorang wanita itu solehah? Mari kita lihat ciri-ciri wanita solehah:

 

  1. Wanita solehah auratnya dan kehormatan dirinya terpelihara kerana dia tahu diri dia hanyalah untuk suaminya.
  2. Wanita solehah jalannya diam,tak berbunyi. Datang dan pergi seperti angin yang bertiup.
  3. Wanita solehah berbalut takwa, sejuknya menenteramkan jiwa,terbingkai pada dirinya seorang solehah
  4. Wanita solehah penemannya Allah, tempat luahannya Allah, buah hatinya Allah, segala-galanya ada Allah dalam dirinya.
  5. Wanita solehah tak semestinya yang berniqab/ berpurdah . Kerana keimanan seseorang bukan dinilai dari pemakaiannya.
  6. Wanita solehah akhlaknya mulia, kerana dia sentiasa mendahulukan agamanya.
  7. Wanita solehah tak mengaku dirinya solehah.

 

 

 

Wahai wanita… marilah kita bersama-sama mengejar impian untuk menjadi wanita solehah.

Dan wahai wanitaa… jagalah dirimu … Jagalah perintah Allah kepada kamu. Semoga kamu menjadi ahli syurga yang diredhai Allah. InshaaAllah…

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login