Skip to content

TATACARA BERPAKAIAN DALAM ISLAM

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Dalam Al-Qur’an, surah An-Nur ada menerangkan adab pergaulan dan berpakaian yang diwajibkan ke atas umatNya. Menurut Islam, pakaian yang wajib dipakai adalah pakaian yang menutup aurat. Abdul aziz Ismail (2005), menggariskan bahawa tiada ketetapan tentang bagaimana reka bentuk pakaian yang harus dipakai oleh orang Islam melainkan beberapa panduan yang diberikan seperti:

i. Menutup aurat; iaitu dari bahagian pusat ke lutut (lelaki) dan keseluruhan anggota badan kecuali kedua tapak tangan dan muka (perempuan)

ii. Tidak mengikut bentuk badan

iii. Tidak menyerupai orang kafir

iiii. Tidak diperbuat daripada kain yang nipis sehingga menampakkan bayang atau kulit.

v. Tidak menyerupai lelaki (untuk wanita)

vi. Tidak menyerupai wanita (untuk lelaki) vii. Tidak memperlihatkan perhiasan diri kepada bukan muhrim (mahram)

 

Islam menggariskan bahawa keperluan menutup aurat itu adalah wajib dari pusat ke lutut bagi lelaki dan keseluruhan anggota badan kecuali tapak tangan dan muka bagi kaum perempuan. Dalam tatacara berpakaian dalam Islam juga tidak menitik beratkan fesyen atau rupa dan jenis pakaian yang dipakai. Asalkan pakaian tersebut tidak menunjukkan bentuk badan atau bayang dan tidak menggunakan kain nipis sehingga menampakkan warna kulit. Ini bermakna kain-kain nipis seperti chiffon, kain kasa, georgette dan seumpamanya tidak sesuai dipakai oleh orang Islam melainkan kain ini dilapik dengan lining (Asliza Aris, 2014).

Selain daripada itu, pakaian yang menyerupai lelaki tidak boleh dipakai oleh orang perempuan dan begitulah sebaliknya. Larangan ini bertujuan supaya tiada kekeliruan sehinggakan orang yang melihat cara seseorang itu berpakaian tidak dapat mengenali jantina si pemakai. Kaum perempuan juga dilarang memperlihatkan perhiasan diri kepada orang lain, terutama lelaki yang bukan dari kalangan suami dan adik beradiknya. Ini adalah sebagai satu perlindungan daripada terdedah kepada pandangan orang yang bukan muhrim.

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login