Skip to content

KEFAHAMAN TERHADAP KEDUDUKAN WANITA BEKERJAYA MENURUT ISLAM

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Wanita Bekerjaya Menurut Islam: Wanita diiktiraf sebagai makhluk Allah SWT dan dimuliakan sama seperti lelaki.

Pandangan Islam Terhadap Wanita Bekerjaya: Islam memberi peluang kepada umat Islam sama ada lelaki atau wanita dalam hal mencari peluang pekerjaan dan bekerja. Wanita Islam zaman Rasulullah SAW banyak melakukan kerja di dalam dan di luar rumah. Wanita-wanita pada zaman Rasulullah SAW turut bersama-sama lelaki keluar berperang. Walaupun bukan berada di barisan hadapan, tetapi mereka merupakan penyelamat dengan merawat tentera-tentera yang tercedera.
Wanita dibenarkan menceburi pelbagai bidang pekerjaan dan Islam mensyaratkan supaya kegiatan dan pekerjaan hendaklah bersesuaian dengan fitrah kejadian wanita dan tidak bertentangan dengan hukum syarak, iaitu tidak mendatangkan kemudharatan, fitnah dan bencana kepada orang lain.

Syarat-Syarat Wanita Bekerjaya:


Terdapat beberapa syarat lain yang perlu dipatuhi oleh wanita Islam sekiranya ingin menceburi bidang pekerjaan.

Antaranya ialah:

  1. Pekerjaan, masa dan bidang yang bersesuaian
  2. Sentiasa memelihara diri
  3. Tidak bercampur di antara lelaki dan wanita
  4. Mendapat keizinan
  5. Kerjaya dibenarkan oleh syarak
  6. Kerjaya yang tidak menghalang wanita dari memberi komitmen dan kewajipan terhadap Allah SWT, diri dan rumah tangganya
  7. Aman daripada fitnah
  8. Kerja yang tidak bertentangan dengan sifat semulajadi
  9. Pekerjaan yang tidak menguasai kaum lelaki
  10. Kerja yang tidak menghalang wanita dari melaksanakan tugas asasi

Kefahaman mengenai kedudukan wanita bekerjaya menurut Islam perlu difahami sebaik-baiknya agar wanita khasnya dan masyarakat umumnya agar tidak disalah anggap bahkan mereka saling bantu membantu untuk mengukuhkan demi kemaslahatan diri, keluarga, bagama, bangsa dan negara. Wanita di Malaysia yang bekerja di luar rumah dinasihatkan agar mengikut panduan yang digariskan oleh agama Islam dengan tujuan setiap rezeki yang diperolehi akan membawa kebaikan dan keberkatan sekeluarga. Sesungguhnya niat yang baik untuk menyumbang bakti dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat dalam pelbagai bidang akan dianggap sebagai ibadah.

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login