CARA GANTUNG BAJU DENGAN KEMAS & TERATUR
Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara susun baju dalam almari paling praktikal dan kemas yang boleh anda amalkan di rumah. Lepas ini insya Allah anda tidak akan stress atau pening kepala lagi memikir tentang gantungan baju yang berselerak dan berterabur. Nak-nak lagi kalau anda mempunyai anak kecil.

Pastikan ruangan untuk letak baju ialah besar dan luas supaya baju mudah dimasukkan dan mudah ketika dikeluarkan.
Ini kerana bila ruang itu sempit baju akan cepat renyuk.

Pastikan hanger yang digunakan sesuai dengan baju yang ingin digantung. Sekiranya baju itu baju untuk orang dewasa gunakan hanger yang besar dan sekiranya baju itu baju untuk kanak-kanak boleh gunakan hanger yang kecil sahaja.

Untuk menampakkan gantungan baju kemas dan teratur, perlulah menggantungkan baju pada arah yang sama. Lagi kemas sekiranya hanger yang digunakan menggunakan warna dan jenis hanger yang sama.

Kaedah pengasingan baju mengikut koordinasi warna dapat memudahkan proses mencari baju yang diingini dan bukan itu sahaja dengan cara ini gantungan baju anda akan lebih teratur.

Sesetengah pakaian lebih sesuai untuk digantung pada penyangkut baju sementara sesetengahnya adalah lebih sesuai untuk dilipat. Gantung baju mengikut jenis dan saiz supaya susunannya cantik dan teratur.
Itulah dia info tentang cara susun baju dalam almari yang ingin kami kongsikan pada hari ini.
Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba !!!