Skip to content

BERFESYEN TAK SALAH… TAPI ADA SYARATNYA

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Semakin hari, semakin ramai yang sudah mula berhijab…bukan sahaja artis tetapi orang biasa pun dah mula cuba-cuba berhijab. Sejuk mata melihatnya… Alhamdulilah ramai yang dah berhijab tetapi tak semuanya yang faham erti hijab sebenar. Ada yang berhijab tetapi masih kelihatan leher dan rambut…Kita kena memahami erti berhijab dengan betul barulah dapat berfesyen dengan sempurna.

 

Jangan pakai baju yang mengikut tubuh badan

Sekiranya anda memakai baju yang nipis sehingga menampakkan tubuh badan ianya tidak berfungsi untuk menutup tubuh anda. Dan ia nya kelihatan seperti tidak berpakaian. Tutuplah aurat dengan sempurna supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam hadis di bawah. Nauzubillah…

…..

…..

 

 

 

Jangan pakai tudung yang menampakkan leher

Sudah menjadi trend terkini bagi sesetengah wanita memakai turban. Pemakaian tudung yang menampakkan leher ini adalah tidak sepatutnya diikuti oleh para muslimah. Hal ini kerana gaya itu tidak dapat menutup aurat dengan sempurna. Mungkin ada yang menggunakan inner untuk tidak menampakkan leher tetapi sesetengah inner ia menggunakan material yang nipis dan memeri. Oleh itu bentuk leher tetap kelihatan. Elakkan memakai tudung atau gaya tudung yang menampakkan leher tetapi pakailah tudung yang tidak jarang dan labuh sehingga menutup dada.

Pakailah Stokin

Aurat kaki selalu tidak diendahkan oleh para wanita masa kini , mereka menjadikannya seperti kaki itu bukan aurat. Mungkin sukar untuk sesetengah ingin memulakan pakai stokin tapi yakin lah lambat laun anda akan terbiasa. Beli stokin yang menggunakan material yang berkualiti supaya selesa dan tidak panas apabila dipakai.

 

Pakailah sarung tangan

Aurat lengan juga turut diendahkan oleh sesetengah wanita. Ada yang memakai t-shirt tanpa memakai inner sehingga kelihatan lengannya . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada A”isyah RA beliau berkata yang bermaksud: Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya,” (HR. Abu Dawud)

 

Semoga info ini sedikit sebanyak membuka hati para wanita untuk menutup aurat dengan sempurna supaya hidup kita diredhai Allah SWT.

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login