AMALAN MURAH REZEKI
23 Nov 2022
0 Comments
Kebanyakkan manusia tidak boleh lari daripada masalah kewangan. Yalahh memandangkan kesemuanya sekarang memerlukan wang kan… Mungkin ada yang kata kena kerja keras untuk dapatkan duit tetapi itu semua adalah faktor luaran sahaja, faktor luaran sahaja tidak cukup. Oleh itu, faktor dalaman juga diperlukan supaya kita dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
Oleh itu, post kali ini admin nak kongsi pada anda semua amalan apa yang boleh dilakukan untuk dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

1) Bersedekah
Melakukan sedekah bukanlah perkara yang senang untuk dilakukan. Ini kerana ramai yang berpikir bahawa apabila kita bersedekah, wang kita akan berkurang. Tapi sebenarnya ia adalah sebaliknya. Dengan bersedekah, ia dapat menambah rezeki dan kekayaan kita.Ramai orang tidak tahu bahawa dengan bersedekah,ia boleh membawa rezeki yang melimpah ruah kepada pemberi rezeki.
Walaupun begitu, kita sebagai seorang muslim hendaklah memasang niat yang betul iaitu kita bersedekah kerana Allah dan lakukan sedekah dengan seikhlas dari hati tanpa mengharapkan sebarang balasan.

2) Berdoa
Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari olehnya. Oleh itu, mohonlah kepada Allah diberi keberkatan dari pekerjaan yang dilakukan dan tanamkan niat kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal.

3) Mengamalkan solat sunat dhuha
Solat sunat dhuha ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib. Solat dhuha sering dikatakan sebagai magnet rezeki. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.

4) Hindari Dosa
Beristighfar sahaja tidak mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita.
Nabi SAW bersabda maksudnya :“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)
Tags: