Skip to content

TIPS UKUR SAIZ KETIKA MEMBELI BAJU ONLINE

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Pernah tak korang beli baju online, lepastu hari-hari check no tracking sebab tak sabar nak dapat parcel, sekali bila dah sampai bajunya tak muat pula. Alaaa rasa kecewa sangatkan… Jadi saya nak kongsi tips ukur baju yang betul supaya korang tak berasa takut lagi nak beli baju secara online.

1. UKUR BAHAGIAN DADA

Bahagian dada diukur bermula dari bahagian bawah ketiak sebelah kiri ke bahagian bawah ketiak sebelah kanan.

 

*TIPS : Untuk muslimah dan mereka yang tidak sukakan pakai pakaian yang agak ketat, anda boleh pilih satu saiz besar daripada saiz biasa anda beli.

2. UKUR BAHAGIAN PINGGANG

Bagi bahagian pinggang , ukuran diambil bahagian paling kecil dari badan, bermula dari sisi kiri ke sisi kanan.

*TIPS : Untuk lebih mudah , anda boleh mengambil satu pakaian yang anda sudah selesa untuk pakai dan ukur saiz mengikut baju itu.

3. UKUR LABUH

Ukuran diambil dari bahu terus ke hujung bawah kain.

*TIPS : Jika anda ragu-ragu dengan cara anda ukur , anda boleh hubungi HasnuriHQ , staff kami akan membantu anda mendapatkan saiz baju yang bersesuian dengan anda.

Dah follow tips yang kami bagi ? Lepas ini korang tak perlu risau dah untuk beli baju online. Lebih mudah dan menjimatkan masa sebenarnya bila beli baju online ni tau. Lagi lagi musim pandemik ini kan… beli je onlineee.

So, apa lagi? Jom pergi website HASNURI sekarang juga !!!! Macam-macam design ada tau!