TIPS SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG
OHHH OHHH OHHH BALIK KAMPUNG ~~~
Lepas sahaja kebenaran rentas negeri dikeluarkan semua mesti terus plan nak pulang ke kampung, betul ke betul? Yaa lah kan dah lama sangat tak dapat rentas negeri bila dapat rentas negeri tu terus mood balik kampung ONNNNZZZ ! Nak-nak pula radio pun memainkan lagu balik kampung memang makin berkobar-kobar lah semangat nak balik kampung…
Jadi ada beberapa tips yang nak dikongsi kepada anda sebelum anda memulakan perjalanan jauh ke kampung supaya perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat sampai.

LAKUKAN PEMERIKSAAN KENDERAAN
Untuk memastikan perjalanan ke kampung berjalan dengan lancar pemeriksaan kenderaan sangatlah penting, yalah kan tanpa kenderaan nak sampai ke destinasi macam mana kan.. Jadi sebelum bergerak pastikan kenderaan anda sudah diservis supaya perkara tak dingini tidak berlaku. Pastikan minyak hitam dah ditukar, tayar dah dipam dan minyak kereta pun dah diisi secukupnya… Jadi tidak perlu lah singgah ke stesen minyak sewaktu perjalanan , dah jimat masa disitu kann??

REHAT YANG CUKUP
Memandu dalam jangka masa yang lama amatlah memenatkan, oleh itu pastikan dapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan supaya tidak berlaku kemalangan. Seperti yang kita sudah tahu banyak kemalangan yang berlaku disebabkan oleh pemandu tertidur atau terlelap dan akhirnya mengakibatkan kemalangan. Nauzubillah…. Jika anda berasa mengantuk sewaktu memandu berhentilah seketika di RNR atau di stesen minyak berdekatan ataupun beli air yang mengandungi cafein untuk menghilangkan rasa ngantuk.

RANCANG JADUAL PERJALANAN
Rancang perjalanan sebaik yang mungkin, pastikan perjalanan yang akan dilalui berjalan lancar dan tidak sesak. Kerana ini boleh menyebabkan masa untuk tiba ke destinasi menjadi lebih jauh dan panjang disebabkan kesesakan lalu lintas. Selain itu, anda boleh dapatkan maklumat trafik di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia @LLMinfotrafik. Di situ anda boleh buat semak sama ada jalan yang akan anda lalu itu sesak atau tidak.

TAMBAH NILAI LEBIH AWAL
Pastikan nilai Touch N Go dan Smart Tag mempunyai kredit yaang mencukupi jadi tak perlulah singgah ke stesen minyak semata-mata untuk tambah nilai. Ini juga dapat mengelakkan daripada berlaku masalah sewaktu lalu di tol.

SIMPAN NOMBOR KECEMASAN
Kemalangan adalah perkara yang tidak diingini dan tidak dijangka… Walaupun kita dah berhati-hati , tetapi kelalaian orang lain juga boleh menyebabkan kemalangan. Oleh itu, langkah berjaga-jaga seperti menyimpan nombor-nombor yang penting perlulah dibuat sekiranya apa-apa berlaku. Simpan nombor keluarga dan nombor mereka yang senang dihubungi, Hal ini dapat memudahkan mereka untuk dapatkan maklumat sekiranya sesuatu berlaku pada anda. Dan dengan menyimpan nombor mekanik juga anda dapat menghubunginya sewaktu kenderaan mengalami masalah dan nombor balai polis terdekat dapat dihubungi sekiranya perkara buruk berlaku.
SEMOGA INFO INI MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA.
HATI-HATI DI JALAN RAYA , INGATLAH YANG TERSAYANG.
STAY SAFE ! PATUH SOP !