TIPS PILIH TUDUNG YANG SESUAI
Selain daripada pemilihan baju , pemilihan tudung juga sangat penting dalam memastikan penampilan seseorang kelihatan cantik dan menawan. Bagi wanita yang mempunyai masalah dalam memilih tudung yang sesuai anda tidak perlu risau lagi. Ini kerana untuk perkongsian kali ini kami akan kongsikan beberapa tips untuk memilih tudung yang sesuai.

Tentukan Bentuk Muka
Kenali bentuk muka anda. Kemudian, pilih tudung yang sesuai dengan bentuk muka dan sama saiz. Pastikan tudung terletak cantik dekat muka.

Jenis material tudung
Tudung jenis cotton atau chiffon sesuai untuk outfit casual/tak rasmi.Tudung jenis satin sesuai untuk outfit casual,majlis rasmi keramaian.

Warna tudung
Elak gunakan warna yang sama dengan warna baju supaya tak nampak tenggelam. Padankan dengan warna pastel atau lembut. Elakkan juga daripada memilih tudung yang berwarna gelap dan kusam. Pilihlah warna yang terang kerana ia mampu membuatkan anda nampak ceria.

Jenis tudung bercorak
Elakkan pakai baju yang bercorak dengan tudung bercorak. Nampak serabut. Kontra kan antara baju dan tudung.Sekiranya pakai baju bercorak, pilih tudung yang plain. Lebih kemas..
Semoga info ini memberi manfaat dan Selamat Mencuba !