Skip to content

TIPS PILIH HEELS YANG BETUL

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

‘Heels’ atau kasut tumit mampu menyerlah kan lagi penampilan pemakainya. Tapi tidak semua wanita selesa dengan pemakaian heels ini. Ia boleh menyebabkan kaki pemakainya melecet dan rasa sakit. Bagi mengelakkan kesakitan seperti itu berlaku pada masa akan datang, kami nak kongsikan tips pilih heels yang betul dan sesuai dengan anda.

ELAKKAN HEELS JENIS POINTY BAHAGIAN DEPAN.

Sebaiknya, pilih jenis bulat di bahagian depan sebab struktur rekaan jenis bulat akan membuatkan jari kaki lebih selesa berbanding jenis pointy yang menyeksakan jika pakai dalam masa yang lama.

PILIH HEELS YANG TIDAK MELEBIHI 2.5 INCI!

Ketinggian ini sangat sesuai, selesa dan tak perlu risau kalau jatuh. Terutamanya kepada yang baru belajar nak pakai kasut tinggi. Dan bagi mereka yang tinggi , elakkan memakai heels yang terlalu tinggi ia akan menyebabkan anda terlalu tinggi dan sedikit pelik.

ELAKKAN BELI HEELS YANG TERLALU RUNCING DAN HALUS

Potensi untuk jatuh dan terpelecok amat tinggi sekiranya anda tak biasa pakai kasut tinggi. Ia juga akan menyebabkan anda sukar untuk seimbangkan badan sewaktu berjalan. Dan dikhuatiri apabila memakai heels seperti ini anda akan terjatuh sewaktu berjalan di laluan yang mempunyai lubang kecil.

WEDGES ADALAH HEELS YANG PALING SELESA

Tapak besar dan tebal, anda akan berasa selamat dan lebih selesa untuk berjalan .Anda akan rasa lebih stabil sewaktu berdiri dan anda lebih bebas berjalan berbanding memakai heels yang biasa.

 

SEMOGA INFO INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DAN SELAMAT MENCUBA !

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login