TIPS PENJAGAAN TUDUNG BY HASNURI
WANITA bertudung memang mempunyai banyak koleksi tudung tak kira jenis tudung sekalipun. Bawal ke, shawl ke, sarung ke dan macam-macam jenis lagi. Mesti dah berpuluh-puluh koleksi dan mungkin ada yang sampai satu almari koleksi tudung dia sampaikan dah nak roboh almari tu hahhaha gurau je. Tak mustahil pun untuk you all ada banyak macam tu sebab iyalah kan hari hari ada je orang jual tudung. Hari hari jugalah terhasut!
Tapi kalau dah beli tudung banyak -banyak memang rugilah kalau tudung selalu koyak & lusuh, lagi lagi tudung yang harga nya kayangan. Oleh itu, blog kalini Min nak share beberapa tips penjagaan yang you all boleh follow supaya koleksi tudung you all tahan lama & tak rosak.
Simpan Tudung dengan Betul
Cara penyimpanan tudung yang betul memang lah sangat penting tau, tak boleh lah kita nak main sumbat je tudung akan jadi renyuk dapat benang boleh tertarik kalau tersangkut pada tudung lain.
Oleh itu, Min suggestkan untuk beli hanger kecil yang khas untuk tudung. lagi best kalau susun tudung ikut warna. Jadi tudung lebih teratur dan tak mudah renyuk. Nak cari pun mudah!
Jangan Cuci Tudung Guna Mesin Basuh
Zaman sekarang ni confirm semua dah terbiasa pakai mesin basuh , iyalah sebab mudah dan cepat. Tapi tahu tak sebenarnya untuk nak cuci tudung elakkan untuk pakai mesin basuh sebab material tudung yang lembut akan rosak dan menyebab benang pada tudung mudah tertarik. Cukup sekadar cuci dengan tangan kerana ia lebih selamat.
Jangan jemur tudung di bawah cahaya matahari
Elakkan jemur tudung di bawah matahari sebab material tudung yang ringan ni cepat kering walaupun tidak dijemur bawah matahari. Elakkan juga untuk jemur terlalu lama kerana tudung warna akan pudar dan luntur.
Gunakan Pelembut Fabrik
Ini tips yang paling FUNCTION sekali, sebab bila guna pelembut fabrik ni akan menyebabkan tudung lebih lembut. tips ni memang sangat berguna lagi lagi bagi tudung yang menggunakan material cotton. Tudung akan lembut dan auto ON-POINT!
Gosok tudung dengan suhu yang sesuai.
Anda kena tahu suhu apa yang sesuai dengan fabrik tudung you all sebelum menggosok tudung. Contohnya apabila menggosok tudung dari fabrik silk dan chiffon, gunakan suhu yang rendah untuk elakkan tudung daripada terbakar atau berlubang.
Tips tambahan:
Gunakan jarum yang tajam semasa menggayakan tudung untuk mengelakkannya berbulu. Lebih baik jika anda menggunakan ‘magnetik’ pin supaya fabrik tidak rosak.
Demikian adalah beberapa tip penjagaan tudung yang you all boleh amalkan. Diharapkan ianya dapat membantu anda menjaga tudung supaya tahan lama dan kekal seperti baru. Kalau ada lagi tips penjagaan tudung yang lain, you all dialu-alukan untuk tinggalkan komen ye. Jangan lupa Share blog ini pada yang lain.