TIPS PENJAGAAN PAKAIAN UNTUK TAHAN LEBIH LAMA
Sedikit perkongsian tips penjagaan pakaian untuk memastikan pakaian nampak sentiasa cantik dan pakaian tahan lebih lama.
ELAKKAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT
Pakaian yang diberus dengan kuat akan menyebabkan fabrik pakaian akan menjadi rosak. Pakaian yang menggunakan fabrik yang lembut seperti tudung atau selendang tidak perlu diberus , cukup sekadar dicuci menggunakan tangan .
JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA
Pakaian yang sudah siap dibasuh perlu dijemur dengan segera . Kelewatan menjemur pakaian akan menyebabkan pakaian berbau hapak dan mungkin bertahi lalat.
TERBALIKKAN PAKAIAN YANG DIJEMUR
Warna pakaian akan menjadi pudar dan lusuh disebabkan oleh sinaran matahari. Oleh itu , bagi mengelakkan luar pakaian menjadi pudar, pakaian perlu diterbalikkan ketika jemur.
ELAKKAN PENGGUNAAN PELUNTUR
Peluntur seperti Clorox mempunyai kandungan kimia yang sangat kuat. Elakkan penggunaan peluntur pada pakaian kerana ia akan menjadikan pakaian mudah reput dan tidak tahan lama.
ELAKKAN MENCUCI MENGGUNAKAN MESIN BASUH
Pakaian yang berfabrik lembut serta berperincian seperti manik, labuci dan sebagainya tidak perlu dibasuh menggunakan mesin basuh kerana ianya akan menyebabkan manik dan labuci akan tercabut dan pakaian menjadi rosak.
SELAMAT MENCUBA !!!