Tips Pasca Banjir Yang Anda Perlu Ambil Tahu
“BANJIR PALING TERUK DI KLANG DALAM 50 TAHUN “
“IBARAT TSUNAMI, BANJIR PALING BURUK”
Di penghujung tahun ini negara kita digemparkan dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia. Semua platform social media dipenuhi dengan post oleh rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana ini meminta bantuan makanan dan tempat perlindungan.
Negeri yang paling teruk terjejas adalah di Selangor iaitu di Klang dan Shah Alam. Tiada siapa yang dapat jangkakan banjir pada kali ini lebih teruk daripada kebiasaannya. Beratus-ratus orang mencari tempat perlindungan sehingga Masjid-masjid di buka bagi penempatan mangsa-mangsa banjir.
Selepas banjir surut , ia menjadi mimpi ngeri untuk mangsa-mangsa banjir kerana melihat harta benda yang disayangi musnah dan tidak lagi boleh diguna pakai. Belum hilang penat diduga lagi dengan cabaran nak membersihkan rumah daripada lumpur tebal. Dugaan demi dugaan yang hadir, tetapi percayalah adanya seribu hikmah yang berlindung dibelakang dugaan ini. Allah tidak kejam, Dia memberi ujian kepada mereka yang Dia rasa mampu.

Oleh itu, perkongsian untuk kali ini admin nak kongsi kepada anda mengenai Tips Pasca Banjir yang perlu anda tahu.
Tips ini telah dikongsikan oleh Tuan Faisal Rahim di post Twitter beliau.
1. Sebaiknya cuci rumah dilakukan semasa air banjir masih di paras betis
Menurut beliau ia akan memudahkan urusan anda untuk cuci dinding, tarik karpet dan tikar getah untuk diletakkan di luar rumah. Perabot dan tilam yang rosak dan kembang juga mudah dibawa keluar.
2. Bila air banjir dah paras buku lali, balik rumah sekali lagi untuk bersihkan lumpur dan kotoran yang ada sepenuhnya. Tolak keluar semua lumpur dan kekotoran yang ada menggunakan wiper atau penyapu.
Antara sebab pencucian rumah perlu dibuat sebelum air banjir kering sepenuhnya adalah kerana lumpur akan penuh di dinding dan lantai. Oleh itu, air yang banyak diperlukan untuk membersihkan rumah.
Itu sahaja perkongsian oleh Tuan Faisal Rahim menurut pengalaman beliau yang sudah sering hadapi banjir sebelum ini.
Semoga dengan informasi dan tips yang dikongsi ini dapat membantu mangsa-mangsa banjir atau sukarelawan yang ingin membantu mangsa-mangsa banjir di Malaysia.
Kami Skuad #CintaHasnuri juga turut bersimpati dengan bencana yang berlaku di Malaysia ini…
Kami mendoakan semua yang terkesan dengan bencana ini diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan..
Aamiinnn..
Stay Safe & Take Care !