TIPS OUTFIT KE PEJABAT YANG CANTIK & SOPAN
Memang fitrah seorang wanita untuk kelihatan cantik dan menawan sepanjang masa. Tak kira lah ke mana pun , boleh jadi pergi ke pasar, pergi shopping atau pergi ke mana-mana sahaja. Malah ada yang nak pergi buang sampah depan rumah pun nak melawa tau. Tak salah pun nak cantik-cantik sentiasa yang penting dapat menggembirakan hati. Untuk wanita yang bekerjaya mereka sangat mementingkan outfit yang mereka akan pakai untuk ke pejabat . Oleh itu , perkongsian kali ini akan berkongsi pada anda tips outfit untuk ke pejabat yang cantik-cantik dan sopan

Elakkan Pilih Outfit Yang Berkilau
Pakaian yang menggunakan material satin adalah kurang sesuai digunakan kerana materialnya yang berkilat. Lebih-lebih lagi pakaian yang ada labuci dan manik. Ia akan membuatkan anda kelihatan mahu ke majlis yang “grand-grand” atau seperti ‘Pengantin’ .

Pilih Outfit Yang Tidak Melebihi 3 Warna
Jika anda peminat baju kurung, kebiasaannya baju kurung itu akan terdapat pelbagai warna sekiranya baju kurung itu bercorak . Nak nak pula tudung yang dipadankan berwarna berbeza dengan warna baju kurung yang dipakai. Elakkan daripada memakai tiga warna dalam sesuatu masa sekiranya mahu kelihatan profesional. Hindari juga memakai warna yang terlalu terang dan menonjol.

Elakkan Memakai Aksesori Yang Berlebihan
Penggunaan aksesori yang berlebihan membuatkan seseorang itu kelihatan serabut dan berlebihan. Beberapa contoh aksesori yang berlebihan ialah :
1. Barang kemas yang telalu banyak dan besar
2. Kuku berwarna terang
3. Kasut tumit yang terlalu tinggi
Bukanlah tidak boleh memakai aksesori tetapi pakailah aksesori yang simple dan sesuai dengan outfit anda.

Pilih Kasut Yang Sesuai
Kasut yang disyorkan dan terbaik untuk ke pejabat ialah kasut yang berwarna hitam, kelabu atau coklat. Kasut yang anda pilih pastikan tidak terlalu tinggi dan tidak berbunyi apabila berjalan.
Elakkan dariapada memakai kasut jenis berikut :
1. Selipar
2. Boots
3. Kasut Sukan
4. Kasut dengan hiasan berlebihan
5. Kasut dengan warna yang terlalu terang
Semoga info ini memberikan manfaat kepada anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca post kami yang lain . Terima kasih .