TIPS OOTD YANG SELESA UNTUK KANAK-KANAK
Ibu bapa yang sering tampil stylish kebiasaannya akan memastikan anaknya juga tampil stylish. Untuk ibu bapa di luar sana yang masih tidak tahu bagaimana cara memilih pakaian yang sesuai dan selesa untuk OOTD, jangan risau harini kami nak kongsikan pada anda beberapa tips yang boleh anda cuba.

Sesuaikan dengan keadaan dan pilih fabrik yang selesa dan tak memberi kesan kepada kulit anak anda yang sensitif. Sekiranya cuaca agak panas elakkan daripada memakaikan anak-anak pakaian yang tebal kerana akan menyebabkan anak-anak berasa rimas dan tidak selesa.



Pemilihan warna adalah sangat penting bagi menaikkan lagi seri seseorang. Bagi anak-anak lebih sesuai memilih warna yang lebih terang atau lembut kerana ia akan menampakkan mereka lebih ceria dan comel. Sekiranya ada pelbagai corak juga boleh menampakkan keceriaan mereka.
Itu sahaja tips untuk hari ini, Semoga tips ini berguna untuk ibu bapa diluar sana yang ingin memastikan OOTD anak-anak selesa.
Selamat Mencuba !!!