TIPS MENJADI BRIDESMAID & GROOMSMEN YANG DISAYANGI
Setelah lama kita berada dibawah perintah kawalan pergerakan, akhirnya majlis perkahwinan telah dibenarkan untuk dibuat dengan memastikan SOP yang telah ditetapkan dipatuhi.
Kalau kita tengoklah kan semakin ramai yang membuat majlis perkahwinan, betul tak?
Boleh dikatakan setiap minggu dapat undangan kan..
Jadi pengantin mesti tengah sibuk nak cari bridesmaid dan groomsmen yang sesuai untuk meriahkan lagi majlis betul tak?
Jadi kalau uolls adalah orang yang bertuah atau dipilih untuk jadi bridesmaid dan groomsmen ada beberapa perkara penting yang perlu diambil berat. Oleh itu, perkongsian kali ini kami nak share beberapa tips yang anda boleh guna untuk menjadi bridesmaid atau groomsmen yang disayangi oleh pengantin.
1. Ambil Tahu Tentatif atau Flow Majlis
Mungkin ada yang cakap alaa bukan ahli keluarga pun nak kena tahu tentatif majlis…
Betul tak? Haaa tak boleh macam tu sebagai bridesmaid anda juga perlu tahu tentang flow majlis… Komunikasi antara bridesmaid dengan keluarga si pengantin juga amat penting dari masa ke semasa.
Zaman serba moden ini semua benda sudah menjadi mudah oleh itu tak perlulah untuk berjumpa depan depan untuk berbincang mengenai majlis, hanya perlu buat group whatsapp… Ia nya lebih mudahkan?
Bridesmaid atau groomsmen anda kena ingat yang anda sangatlah penting untuk sesebuah majlis, Oleh itu, pastikan anda tahu tugas dan persedian yang perlu di lakukan sebelum & sewaktu majlis berlangsung.

2. Bertanggungjawab menjaga barang pengantin wanita
Pengantin sudah pasti akan sibuk sewaktu majlis mereka berlangsung. Tugas anda sebagai bridesmaid dan groomsmen adalah menjaga barang penting seperti telefon bimbit, dompet dan mungkin barang kemas. Pastikan barang-barang penting pengantin ini dijaga dengan baik bagi mengelakkan sebarang kehilangan sewaktu majlis. Maklumlah waktu-waktu ramai ni kan kekadang tak perasan kalau ada barang hilang. Oleh itu anda sebagai bridesmaid dan groomsmen perlulah alert dan berhati-hati dalam menjaga barang penting pengantin.

3. Pastikan sentiasa senyum.
Menjadi pengantin bukan lah perkara yang senang, banyak perkara perlu dibuat menjadikan pengantin berasa letih. Oleh itu, anda sebagai bridesmaid dan groomsmen perlulah sentiasa mengingatkan pengantin untuk sentiasa senyum supaya gambar dapat diambil gambar dengan baik. Tetapi bridesmaid dan groomsmen pun haruslah senyum supaya aura yang diberikan dapat memeriahkan lagi majlis. Alaa macam lagu tulahh, senyum tak perlu kata apa-apa ~~ hehehe

4. Membantu persiapan perkahwinan
Kebanyakan bridesmaid dan groomsmen hanya datang sewaktu majlis sahaja tetapi sewaktu sebelum majlis tidak datang untuk memberikan sebarang bantuan pun. Ini merupakan tindakan yang tidak berapa elok. Membantu pengantin membuat persiapan majlis sedikit sebanyak dapat meringankan beban si pengantin. Banyak perkara yang anda boleh tolong, antaranya isi beg untuk doorgift,buat hantaran dan sebagainya. Dengan ini pengantin akan rasa dirinya sangat dihargai.

Sampai disini sahaja perkongisan untuk Tips menjadi bridesmaid dan groomsmen yang disayangi.
Semoga info ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang bakal menjadi bridesmaid.
Sekiranya anda berminat dengan baju bridesmaid dan groomsmen seperti gambar-gambar di atas boleh tekan DI SINI untuk beli …
Lebih daripada 300 design untuk anda dapatkan di Hasnuri dengan Harga yang sangat berpatutan.
Semoga berjumpa lagi pada perkongsian seterusnya, bye Hasnuri Lovers <3