TIPS MEMILIH PAKAIAN YANG SESUAI DENGAN MENGIKUT BENTUK BADAN
Pemakaian baju yang sesuai sangatlah memainkan peranan untuk tampak anggun dan ayu. Kesilapan dalam memilih baju kurung boleh menyebabkan seseorang itu tampak berisi ataupun tidak sesuai padanya.
Di sini ada beberapa tips yang dapat membantu mereka yang ingin membeli baju.
BADAN KURUS DAN RENDAH
Untuk mereka yang memiliki badan bersaiz kecil dan rendah disarankan untuk memilih corak sama kain dan baju supaya ilusi nampak lebih tinggi. Boleh juga menggayakan dengan baju bercorak bunga yang sedikit besar dan warna yang lebih cerah. Serlahkan penampilan dengan memakai kasut tinggi seperti heels atau wedges untuk tampak lebih tinggi.

BADAN KURUS DAN TINGGI
Bagi mereka yang berbadan kurus dan tinggi, anda disarankan memakai baju bercorak melintang dan bunga baju yang besar supaya anda dilihat sedikit berisi dan tak terlalu kurus. Anda juga sesuai memakai warna yang cerah.

BADAN GEMPAL DAN TINGGI
Jika anda termasuk dalam golongan ini, anda sesuai menggayakan pakaian yang berwarna gelap kerana warna ini mampu membuat anda kelihatan lebih langsing. Elakkan memakai pakaian corak bunga yang besar dan warna yang terlalu terang kerana ia akan menunjukkan kegempalan anda. Jika anda mahu memakai pakaian yang bercorak anda disarankan pilih pakaian yang corak-corak bunga yang kecil.

BADAN GEMPAL DAN RENDAH
Bagi individu ini anda disarankan untuk memilih pakaian yang berwarna gelap. Elakkan memakai baju berwarna cerah kerana ia akan menyerlahkan lagi kegempalan badan anda.Anda juga disarankan memakai baju corak bunga-bunga kecil kerana ia dapat membuat anda tampak lebih kurus. Serlahkan penampilan anda dengan memakai heel atau wedges kerana ia menampakkan anda lebih tinggi.

Semoga tips ini dapat membantu mereka diluar sana dalam memilih pakaian yang seuai untuk mereka tampak cantik dan ayu.