TIPS KEKAL SIHAT DI TEMPAT KERJA
Kehidupan di bandar dengan rutin kerja di pejabat sehingga lapan jam sehari mampu mempengaruhi cara hidup kita, sekali gus memberi kesan kepada kesihatan tanpa sedar. Apa yang lebih memudaratkan, kebanyakan kita gagal meluangkan masa untuk bersenam dan menjaga pemakanan yang sepatutnya atas alasan sibuk bekerja.

JAUHI MINUMAN MANIS DAN AIR BERGAS
Minuman air yang manis menyebabkan anda merasa ketagihan selepas mengambilnya. Jadi elakkan minum air manis dengan kuantiti yang banyak. Minuman ini mungkin dapat membantu anda untuk tidak mengantuk tetapi jika diambil secara berlebihan akan pula menyebabkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
Meskipun sibuk dengan urusan kerja janganlah sampai lupa untuk minum air yang mencukupi. Sebolehnya-bolehnya banyakkan lah minum air masak dan kurangkan minum air manis. Mengantuk boleh terjadi disebabkan oleh dehidrasi, jadi pastikan diri anda terhidrasi dengan baik.

DAPATKAN TIDUR YANG MENCUKUPI
Sekiranya anda mendapat tidur yang mencukupi antara 6-9 jam , potensi untuk anda mengantuk di tempat kerja adalah sedikit. Bukan itu sahaja ,, tidur yang mencukupi dapat menyegarkan badan di waktu pagi. Dengan ini secara tidak langsung dapat menghalang anda meminum cafein pada waktu tengah hari.

MENJAGA PERSEKITARAN
Persekitaran ruang kerja juga memainkan peranan dalam memastikan kerja dapat dilakukan dengan tenang dan selesa. Kemas dan bersihkan ruang kerja anda mengikut kepentingan keperluan sahaja. Mana-mana yang tidak penting bolehlah dibuang atau disimpan ke dalam kotak atau bilik simpanan suapaya kelihatan kemas dan teratur.

MENJAGA POSTUR BADAN
Duduk di kerusi dalam jangka masa yang lama boleh membuat anda berasa sakit pinggang dan sakit badan. Oleh itu pastikan anda menjaga postur badan anda dengan betul. Pastikan kedudukan komputer selaras dengan pandangan mata anda. Jangan membongkok ! hal ini akan memberi kesan pada tulang belakang. Dan sekiranya anda mempunyai wang lebih dan bajet yang mencukupi , anda boleh lah beli kerusi ergonomik yang terbaik untuk keselesaan dan kebaikan anda.