Skip to content

TIPS KEKAL BERTENAGA DI BULAN RAMADHAN

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Bulan Ramadhan atau bulan puasa kini tiba lagi. Bulan umat Islam perlu menahan diri daripada lapar dan dahaga sehinggalah tiba waktu berbuka. Bukan namanya puasalah kalau kita tak alami rasa lesu, lapar dan dahaga. Perkara-perkara ini adalah normal. 

Tetapi jika tidak kena caranya, tenaga badan boleh menurun dan menjadi bertambah lemah. Ada beberapa tips untuk kekal bertenaga di bulan ramadhan yang kami nak kongsikan pada anda.

Berikut tips kekal bertenaga yang boleh anda amalkan.


1. Minum air putih yang mencukupi.
Untuk sentiasa kekal aktif dan bertenaga, perkara yang paling mudah untuk dilakukan adalah dengan minum air putih secukupnya. Mungkin bagi sesetengah orang ianya telah menjadi kebiasaan atau rutin harian mereka, jadi ianya lebih mudah dilakukan. Tapi ingat ya… Minumlah air secukupnya mengikut air yang telah ditetapkan jangan berlebihan. Bila badan cukup air, maka badan akan kurang berasa letih dan muka makin berseri-seri tau. Dan ini dapat mengelakkan daripada terkena dehidrasi.

2. Tidur secukupnya

Anda sangat digalakkan untuk tidak melengah-lengahkan masa tidur bagi mendapatkan rehat yang cukup.
Untuk terus kekal bertenaga, tidur awal yang mencukupi sangatlah penting. Tidur awal juga dapat mengelakkan anda daripada terlepas sahur. Bila puasa ni kebiasaannya akan badan sedikit letih tapi itu bukan alasan untuk tidur berlebihan. Jadi dapatkanlah rehat yang cukup dan tidur awal.

3. Buat Senaman
Mesti ada yang pelikan bila kami cakap kena senam time bulan puasa…
Jika anda menjalankan kehidupan dengan cara yang sihat, pemakanan yang sihat dan minum air yang secukupnya pada malam hari, sudah tentu badan akan jadi makin bertenaga. Senaman yang dilakukan tak perlu berat. Anda boleh menghadkan senaman tersebut kepada 15-20 minit sahaja, ikut kemampuan.

Antara waktu yang sesuai untuk bersenam adalah :
1. Selepas Iftar
2. Selepas Solat Tarawih
3. Sebelum Sahur

4. Jangan skip sahur

Mungkin ada yang tak bangun sahur kerana anda sukar bangun di awal pagi, betul tak?
Tapi tahukan anda bersahur dapat memastikan anda kekal bertenaga pada siang hari.
Bukan itu sahaja tau, Sahur juga merupakan sunnah tau.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anda digalakkan untuk mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat kerana ia memerlukan masa lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar.

Ia juga perlu diikuti dengan makanan tinggi protein yang akan membantu memberikan rasa kenyang lebih lama serta sayur-sayuran dan buah-buahan yang akan memberikan fiber atau serat kerana ia melambatkan penghadaman. 

5 Makanan Sahur yang mengenyangkan.
1.Oat
2. Beras Perang
3. Kurma
4. Telur
5. Buah Epal

5. Sibukkan Diri
Berpuasa bukan alasan untuk anda bermalas-malasan sepanjang hari. Bila badan tidak melakukan apa-apa, ia akan menjadi bertambah lesu. Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang, penuhkan masa itu dengan pelbagai aktiviti seperti mengemas rumah, berkebun, luangkan masa untuk beribadat dan banyak lagi. Dengan cara ini, masa anda boleh dipenuhi dan secara tidak langsung, anda jadi tidak sedar masa berlalu dengan cepat. Jom kita lihat tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan yang ketiga pula. 

Kesimpulannya, ada pelbagai tips untuk kekal bertenaga pada bulan Ramadhan. Apa yang lebih penting adalah keinginan diri sendiri untuk tetap bertenaga bagi melakukan rutin-rutin harian seperti biasa. Ingat, puasa bukan penghalang diri daripada melakukan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Ikuti tips dan petua ini dengan konsisten dan kesannya akan mula dirasai pada masa yang singkat.

 
Selamat menjalani ibadah puasa yang lebih sihat!

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk baca blog ini …

 
Nak beli baju raya design yang trendy & stylish? Boleh dapatkan di Hasnuri, Kurung Specialist atau layari www.hasnuri.com.

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login