Skip to content

TIPS HILANGKAN KESAN MAKE UP PADA PAKAIAN

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

“Alamak! baju terkena make up” Haa korang mesti selalu macam ni kan foundation lah lipstick lah terkena baju waktu make up … Lepas tu stress fikir macam mana nak hilangkan kesan tu. Tapi mesti ada daripada korang yang terus buang baju tu. Ish ish ish jangan buang membazir. Korang kena tahu macam mana cara nak hilangkan kesan make up pada baju tu.

1. Kesan Foundation

Korang yang suka make up tu , confirm ada micellar water sebab nak remove make up kan .. Hahh ambil sedikit micellar water tu dan tuangkan ke kapas muka dan dab kan kapas basah itu pada kesan foundation pada pakaian. Kesan foundation pada pakaian akan beralih ke kapas. Ulang langkah itu sehingga kesan make up pada pakaian hilang atau sehingga korang berpuas hati.

2. Kesan Lipstick

Kesan lipstik ini antara kesan yang paling selalu berlaku pada wanita. Tapi korang tak perlu risau sebab korang boleh menggunakan spray rambut untuk hilang kan kesan lipstick itu. Semburkan spray rambut pada bahagian yang terkena kesan lipstick itu , kemudian biarkan ia lebih kurang 10 minit. Setelah itu bersihkan perlahan lahan dengan span atau tisu dan basuh baju seperti biasa.

3. Kesan Eyeliner

Kadang-kadang tanpa kita perasan eyeliner terkena dekat pakaian kita , nak dijadikan cerita pula , eyeliner terkena pada pakaian kesayangan kita . Aduhh … boleh badmood satu hari. Takpe jangan risau korang boleh gunakan sabun pencuci pinggan untuk hilangkan kesan eyeliner tu. Letakkan sabun pada kesan kotoran itu , dan ratakan sabun menggunakan jari. Lalu, tekankan tuala bersih ke kesan kotoran. Bulu-bulu pada tuala akan membantu menanggalkan kesan eyeliner daripada pakaian. Seterusnya biarkan kesan kotoran meresap ke dalam pakaian selama 10-15 minit. Dengan cara itu, dapat menghilangkan kesan eyeliner tanpa perlu membasuh pakaian tersebut.

4. Kesan Blusher/Eyeshadow

Oleh kerana , blusher dah eyeshadow merupakan makeup yang non-oily ianya mudah dibersihkan. Hilangkan kesan blusher atau eyeshadow dengan menggunakan berus terlebih dahulu, selepas itu gunakan tisu basah. Tapi tak perlu gosokkan nya terlalu kuat kerana takut ia akan merosakkan tekstur pakaian. Tekan tisu basah pada kesan tersebut secara perlahan dan ulang selama beberapa minit. Setelah itu basuh pakaian seperti biasa.

5. Kesan Maskara

Maskara adalah produk berasaskan minyak . Jadi untuk membersihkan kesan maskara nya korang boleh menggunakan makeup remover (oil free). Dab kan makeup remover pada kesan tersebut. Elakkan daripada menggosok kesan maskara pada pakaiankerana akan menyebabkan kesan kotor akan merebak ke bahagian lain. Ulang cara ini sampai kesan maskara itu tanggal dan bersih.

Itu sahaja, tips menghilangkan kesan makeup pada pakaian … Dah tak perlu risau dah lepas ni ataupun buang pakaian hanya kerana pakaian favourite terkena kesan makeup. Selamat Mencuba !!!

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login