TIPS HIJRAH UNTUK KAUM HAWA
Berubah menjadi lebih baik adalah impian setiap insan bergelar manusia.
Bagi orang islam, kita kenal apa itu Hijrah. Hijrah adalah apabila mempunyai niat untuk kembali ke kehidupan berdasarkan agama, iaitu berusaha mematuhi perintah Allah dan menjauhi semua larangan-Nya. Hijrah bukan sekadar perubahan luaran tetapi yang penting adalah soal hati.
Tetapi Hijrah ini tidaklah semudah menyebutnya, banyak dugaan dan cabaran sepanjang waktu hijrah ini. Walaupun prosesnya tidak mudah, Janganlah sampai terjerumus kembali ke dalam masa lalu yang kelam.
Oleh itu, dibawah kami berikan beberapa tips agar hijrah anda lancar dan istiqamah;

NIAT DAN KEIKHLASAN
Hijrah ini bermulanya dengan hati. Hati perlulah ikhlas dalam penghijrahan ini. Lakukanlah hijrah untuk menjadikan diri kearah yang lebih baik bukan kerana ingin dipandang baik oleh manusia. Dan niatlah hijrah ini ikhlas semata mata untuk Allah SWT.

BERKAWANLAH DENGAN ORANG-ORANG BAIK
Masukkan diri dalam circle yang baik-baik juga amat penting sebab kita ni mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Jadi carilah kawan-kawan yang membimbing kita ke jalaan Allah SWT dan yang boleh menegur kita disaat kita melakukan kesilapan.
Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”. (HR Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih

BERSIHKAN HATI,JIWA, RAGA
Kita selalu mencari pembenaran terhadap apa-apa yang menurut kita benar tapi dalam pandangan islam adalah salah.
Contoh yang simple adalah ketika kita taknak pakai tudung dengan alasan “ah nanti susah cari kerja, nanti macam mana nak cari makan ?” atau “Yang mana lebih baik pakai tudung tapi buat jahat, atau tak pakai tudung tapi buat baik?”. Padahal antara kekosongan pekerjaan dan memakai tudung tidak ada kaitan sama sekali.
Terkadang hati kita susah tersentuh oleh hidayah Allah, susah tersentuh oleh nilai – nilai kebenaran adalah kerana jiwa dan hati kita masih kotor. Maka, mulailah untuk membersihkan hati agar hidayah mudah masuk kedalam hati.

BERDOA
Doa ialah senjata orang Mukmin.
Allah ada menyebut dalam Al-quran yang bermaksud “Berdoalah kepada-ku akan ku perkenankan bagimu. Bukti Allah itu Maha Baik. Dia suruh kita berdoa dan meminta apa saja kepada-Nya. Bukti Allah itu Maha kaya,Maha Pemurah. Jadi banyak-banyak lah berdoa. Setakat ini tiada lagi masuk buletin utama,atau terpampang di dada akhbar orang yang berdoa adalah orang yang gagal dalam hidup.

TIDAK TERTANGGUH
Part ni ramai yang asyik terlepas pandang termasuklah Min sendiri. Bila malam menangis-nangis taubat kepada Allah SWT tapi esok bila bangun daripada tidur masih perangai sama,tiada perubahan. Kenapa macam tu? Sebab bertangguh!
Tiada kejayaan bagi orang yang bertangguh. Tangguh nak jadi baik,tangguh nak berhijrah, tangguh nak solat,tangguh nak tutup aurat dan sebagainya.
INGAT! MATI ITU SECARA TIBA_TIBA . Tidak mengira usia dan pangkat AJal akan datang.
So, NO TANGGUH TANGGUH !
Kesabaran merupakan pilihan terbaik untuk menjadi sahabat saat berhijrah dalam menuntut ilmu. Sebab, ilmu, takkan didapatkan tanpa kesabaran melalui proses yang panjang.
Begitu juga dalam proses berhijrah, menikmati proses merupakan salah satu kunci untuk istiqamahkan hijrahmu.
Ada banyak lagi jalan yang boleh kita tempuh untuk menjadi lebih baik.
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua dan Semoga bermanfaat kepada mereka yang membacanya.