TIPS CONFIDENT BERFESYEN
Nak bergaya tapi rasa insecure dengan penampilan sendiri ?
Nak berfesyen tapi tidak tahu cara memilih outfit yang sesuai ?
Nak berfesyen tapi tak confident ?
Jom cuba tips dibawah untuk tingkatkan ‘confidence level’ kamu …

Dalam berfesyen kita kena berani mencuba! Macam mana nak jadi stylish kalau tak berani cuba? Jangan takut untuk mencuba pelbagai jenis design baju atau style yang anda idamkan sehingga anda jumpa pilihan yang tepat dan sesuai. Memang memenatkan nak tunggu sehingga dapat outfit yang sesuai tapi percayalah cara ini akan mendatang kan hasil yang berbaloi.

Window shopping ni memang favourite para wanita tapi zaman makin maju , para lelaki pun dah suka shopping sekarang. Shopping ini bukan sahaja dapat hilang stress tau tapi boleh juga memberikan idea untuk mencari outfit yang baru. Yelah tengah jalan jalan mesti kita akan jumpa dengan poster atau pun patung yang memakai outfit yang cantik-cantik kan .. Nak lagi mudah ajak seorang teman yang ada sense of fashion sebab dia boleh bantu anda mencari outfit yang sesuai dengan anda.

Sekiranya anda tidak yakin dengan cara anda bergaya , anda boleh meminta pendapat orang lain tentang outfit yang anda pilih. Kadang-kadang kita ragu-ragu dalam memilih outfit kan rasa macam tak sesuai lah pula , oleh itu tanya lah pendapat orang sekeliling anda , boleh tanya kawan atau adik beradik . CHOOSE AND DECIDE WISELY !

Gunakan masa anda yang terluang untuk buat research atau teroka stailista di media sosial. Anda boleh cari rujukan di media sosial kerana banyak instafamous dan selebriti yang kini meggayakan pelbagai outfit di Instagram,Facebook ataupun Twitter. Pilih mereka yang anda rasa sesuai dengan gaya anda dan pandai bergaya. Jadikan outfit mereka sebagai inspirasi untuk anda cuba.
Semoga tips ini bermanfaat dan Selamat Mencuba !!!