Skip to content

TIPS CEGAH BAU HAPAK PADA BAJU KETIKA WAKTU HUJAN

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Apabila tiba musim hujan, ramai antara kita berkira-kira untuk mencuci pakaian. Kita takut untuk mencuci pakaian kerana risau pakaian akan berbau hapak walaupun sudah dicuci dengan bersih. Bagi individu sensitif dengan bau hapak pastinya tidak selesa mengenakan pakaian yang berbau. Selain punca kain berbau hapak kerana lembap, ada faktor lain menyebabkan ia berbau termasuklah muatan terlebih dalam mesin kain ataupun mesin basuh yang tidak dicuci bersih. Kesan peluh yang tidak digosok dengan baik selain kain diperap terlalu lama juga boleh menyebabkan bau kurang menyenangkan pada fabrik.

Oleh itu kami nak share beberapa tips yang boleh dicuba oleh anda semua untuk mengelakkan bau hapak pada baju ketika musim hujan ini terjadi.


1. Cuci Baju dengan Air Panas

Air panas boleh membunuh kuman dan bakteria pada pakaian yang menjadi punca bau hapak. Sekiranya baju anda menggunakan fabrik yang sensitif atau nipis ianya tidak sesuai dicuci dengan air panas , oleh itu anda boleh gantikan air panas dengan air suam sahaja.


2.Gunakan Cuka & Baking Soda

Cuka dapat melembutkan baju dan menghilangkan bau hapak.

Cara-caranya ialah dengan mencampurkan nisbah 1:1 cuka dan baking soda.Kemudian,masukkan ke dalam cucian anda.


3.Rendam dengan pelembut pakaian

Rendam semula baju anda dengan pelembut pakaian. Kemudian cepat-cepat terus sidai semula ya!


4.Jangan Sembur Pewangi

Kadang kala kita rasa tindakan ini adalah yang terbaik. Tahukah anda, dengan menyembur pewangi akan menjadikan bau pakaian anda bertambah teruk? Wangi hanya sebentar sahaja. Apabila bau terserap, bau wangi tu akan dikunyah-kunyah oleh bau hapak sampai baju menjadi lebih berbau. WOWW bau hapak diaa !

 

Itu sahaja tips yang ingin dikongsikan…

Semoga ini bermanfaat dan Selamat Mencuba !!!!

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login