TIPS BERAYA DENGAN ANAK-ANAK
Yeay Yeay yeay raya dah nak dekat !! Bukan hanya orang tua yang excited nak balik kampung untuk beraya malah anak-anak kecil pun excited. Mana taknya waktu nilah nak kumpul duit raya banyak banyak dan pakai baju cantik-cantik hehehe betul tak?
Di dalam gembira pergi beraya ke rumah orang ada beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh para ibu bapa di luar sana untuk memastikan tingkah laku anak-anak terjaga di rumah orang.
Kami kongsikan sedikit tips untuk berkunjung ke rumah sanak saudara bersama anak-anak nanti.

JAGA MASA
Bila dah seronok beraya ini kekadang ibu bapa terleka dengan jadual tidur anak-anak. Memang anak-anak ni kekadang bila dah jumpa kawan-kawan mereka tak berasa nak tidur , Jadi ibu bapa perlulah tegas dalam memastikan anak-anak tahu waktu tidurnya. Tidak mengikuti jadual tidur anak-anak boleh menyebabkan anak-anak merengek kerana mereka berasa letih dan penat. Ini juga boleh menyebabkan mood ibu bapa untuk beraya boleh hilang. Oleh itu, ibu bapa perlu pastikan anak-anak sentiasa selesa dan happy selalu.

PAKAIAN
Pakaikan mereka dengan pakaian yang selesa dan menyerap peluh supaya mereka tak berasa rimas dan berpeluh. Maklumlah kalau dah beraya ini kebiasaannya memang seharian. Oleh itu pakaian yang selesa amat lah penting lagi-lagi cuaca Malaysia yang agak panas ini.

HIBURAN
Bagi ibu bapa yang kampungnya jauh dan mengambil masa yang panjang untuk sampai adalah digalakkan untuk membawa beberapa permainan. Ini kerana perjalanan yang agak jauh akan menyebabkan anak berasa bosan. Dengan adanya permainan, kebosanan mereka sedikit sebanyak dapat diatasi. Selain permainan , gajet atau buku juga boleh dijadikan sebagai hiburan kepada anak-anak.

KEBERSIHAN
Kebersihan anak-anak perlu dipantau setiap masa supaya mereka dalam keadaan selesa.
Tetapi kebersihan sekeliling juga perlu diberi perhatian supaya orang lain selesa. Ketika berkunjung ke rumah orang, lampin anak tidak boleh dibuang di sesuka hati. Seeloknya, bungkuskan lampin terpakai dengan plastik lain sebelum dibuang ke dalam tong sampah di rumah tersebut atau buang ke tempat lain. Beradablah kita sebagai tetamu.
Itu saja tips buat kali ini. Kami doakan supaya segala amal kita diterima. Semoga anda dapat bergembira di hari raya bersama anak-anak.
SEMOGA TIPS INI BERMANFAAT UNTUK SEMUA
Layari www.hasnuri.com untuk membeli baju raya yang cantik-cantik dan design yang trendy.
Harga pun berpatutan tau!