“Takda Yang Sanggup.. Duit Makin Takda,” Lelaki Nekad Berhenti Jadi Cikgu Demi Nak ‘Jaga’ Anak Isteri
Taj Mahal adalah lambang cinta Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal, manakala Hasnuri pula lambang cinta abadi Hasbullah terhadap isterinya Nuriah yang akhirnya menghasilkan sebuah jenama pakaian Muslimah tersohor yang sering didendangkan di radio tempatan.
Bergaya santai menutup aurat dengan harga marhaen menjadi pilihan kebanyakan wanita bukan sahaja untuk sambutan hari raya tetapi juga dalam persalinan harian. Oleh kerana itu, jenama Hasnuri semakin mendapat tempat dihati mereka yang mahu bergaya trendy dan sopan.

Perkara itu amat berat untuk dipersetujui memandangakn Nuriah ketika itu sudah berkerja sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta. Apatah lagi, dia perlu menanggung ibu dan bapa di kampung. Atas alasan itu, Hasbullah yang ketika itu bekerja sebagai guru membuat pinjaman bagi memulakan perniagaan di Johor sebagai pendapatan tetap isterinya.
“Dapat duit pinjaman RM10,000 saya dan Nuriah ke golok bagi membeli barang-barang jualan seperti blouse, tudung, skirt, sejadah, narita dan macam-macam lagi.

“Waktu itu, kami sewa lot kedai dimana di bahagian hadapan kami jadikan butik dan di bahagian belakang kami buat sebagai tempat tinggal. Sampai orang ingat kedai kami ni kedai warga asing sebab jual macam-macam dan tinggal dalam kedai.


“Bila keluarga datang, kami tolak rak ke tepi dan bentang toto di tengah kedai. Masa tu, kami cuma fikir sekadar nak cukup makan dan dapat bagi duit mak ayah je.

Pada tahun 2016, saya start join kelas. Bermula dari situlah Hasbullah mula mengembangkan perniagaan HasNuri ini ke seluruh negara melalui perniagaan atas talian dan menyertai event–event di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei. Serta menggaji tiga orang pekerja.

“Sewaktu terlibat dengan event di KB Mall pada tahun 2017, saya hadapi kekangan masa memandangkan saya mengajar di Johor dan event pula di Kelantan. Cuti yang saya pohon juga tidak lulus. Tak mahu pening kepala, saya berhenti kerja dalam masa 24 jam.

“Bila dah berhenti kerja, saya berbincang dengan Puan Nuri untuk pulang sahaja ke Kelantan agar lebih dekat dengan ibu bapa kami dan membeli butik di sana. Namun, nasib tidak menyebelahi kami kerana tiada lokasi yang sesuai.
Bagaikan mengantuk disorongkan bantal, tiba-tiba seorang rakan menawarkan pasangan itu sebuah butik yang hendak di jual di Terengganu. Butik itu akhirnya bertukar tangan menjadi cawangan HasNuri kedua.

“Pada Ogos 2017 cari org untuk bantu, tak ada orang yang willing untuk share, semua buntu”
“Masa tu memang saya buntu. Tak tahu nak buat apa. Saya join lagi kelas dengan niat untuk betulkan semula masalah-masalah yang kami hadapi. Dengan baki duit simpanan RM10,000 saya ke Sabah untuk sertai kelas.
Idea baju kurung HasNuri tercetus setelah Hasbullah mahu Nuriah lebih all out seperti pengasas-pengasas produk lain. Namun, ditolak kerana Puan Nuri tidak selesa mengenakan pakaian lain selain berbaju kurung. Dari sinilah, tercetusnya perniagaan baju kurung.

“Saya cari kain dan cari tukang jahit. Alhamdulillah kami berjaya hasilkan 100 helai baju kurung dan berjaya menjualnya hanya dalam masa satu minggu sahaja dengan pulangan sebanyak RM45,000. Ya Allah, masa ni hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami. Segala bebanan sebelum ini Allah angkat dan dibukakan jalan untuk kami.
Kini, HasNuri memiliki dua lot warehouse yang berkeluasan hampir satu ekar, mempunyai 230 orang pekerja, dan 30,000 dropship yang rata-ratanya berjaya membuat jualan sebanyak RM10,000 hingga RM250,000 sebulan.



Misi kami dalam membantu wanita menjadikan baju kurung sebagai pakaian harian tampil ayu dan sopan di samping dapat menutup aurat dengan sempurna