Skip to content

SELAMAT HARI WANITA 2022- HASNURI

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments
Cantik wanita kerana kejernihan wajah,
Manis wanita kerana senyuman yang indah,
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh.

 

Tanggal 8 Mac setiap tahun telah menjadi hari penghargaan kepada semua wanita di seluruh dunia.
Hari dimana wanita dihargai atas kehebatan dalam perjuangan & tanggungjawab mereka.

Wanita… Dirimu merupakan hiasan dunia yang sangat indah bak mutiara.
Wanita…ketika dunia diciptakan, kamu telah diciptakan untuk mewarnai dunia dan kamu akan melakukan sesuatu yang besar kerana dunia ini tersenyum untuk kamu hari ini.

Wanita sama ada ibu, isteri, guru, kakak, atau sebagainya perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan dan peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian.

Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.

Sifat kelembutan yang ada pada wanita bukanlah satu halangan untuk terus mara ke hadapan malah di sebalik kelembutan itu tersimpan kekuatan yang utuh dan bersemangat waja.

Bagi sesetengah orang, wanita hanya sekadar wanita….
Tetapi selebihnya menganggap wanita itu mepunyai kehebatan yang tersendiri.

Dan dibawah ini merupakan definisi sebenar ‘ Wanita’ oleh beberapa Team Wanita Hasnuri…

 


Kesimpulannya, wanita dirimu sangatlah berharga dan luar biasa, ketahuilah para wanita di luar sana yang anda memang HEBAT & BERANI ! Anda tidak LEMAH! malah anda sangat KUAT. Terus maju kehadapan walaupun dihina & dimaki sehingga satu saat makian bertukar menjadi pujian :))

Akhir kata, Jagalah dirimu wahai wanita.
Jadikanlah dirimu seperti Bunga Mawar yang indah bila dipandang & sakit bila disentuh.
Teruskan istiqamah dalam apa jua kamu lakukan.


Jadi di kesempatan ini, Kami daripada Hasnuri ingin mengucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada semua wanita di luar sana… Anda Wanita yang Kuat & Hebat!



Jom dapatkan pakaian yang menutup aurat & cantik di www.hasnuri.com

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login