Skip to content

SEJARAH BAJU KURUNG

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Lewat 1800 Sultan Johor, Sultan Abu Bakar telah menamakan baju Melayu yang dipakai oleh orang-orang Johor sebagai Baju Kurung Teluk Belanga. Baju ini dikhususkan dengan jahitan tulang belut di sekeliling lubang lehernya

(Mohd. Said Sulaiman, 1931).

 

Dalam buku Sejarah Melayu juga ada menyatakan bahawa Baju Kurung yang asal mempunyai potongan yang kecil dan pendek. Potongan ini telah diubah oleh Tun Temenggung Hassan menjadi longgar dan labuh menutupi bahagian punggung

(Siti Zainon Ismail, 2006:181)

 

Rupabentuk Baju Kurung terdiri daripada pola-pola geometrik yang berbentuk segiempat dua sama yang menjadikan bahagian badan dan lengan, segiempat tak sama untuk pesak, segiempat sama yang dilipat menyerong pada penjurunya untuk membentuk segi tiga dua sama dan membentuk kekek dan bulatan yang ditebuk untuk lubang leher. Manakala kain sarung berbentuk empat segi dua sama yang berukuran lebihkurang 1.15 meter labuh dan 0.85 meter lebar setelah disambung kedua-dua puncanya. Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1886 – 1919), sekeping kocek kecil ditambah di bahagian kiri badan, di antara ketinggian dada dan pinggang (Siti Zainon Ismail, 2006). Di pertengahan 1950an, poket ini dibuat tersorok di antara pesak supaya tampak kemas.

Tenas Effendy (2004) juga menggariskan lima etika berpakaian cara Melayu iaitu: pantang membuka aurat, pantang terlalu nipis, pantang terlalu ketat, pantang mengada-ada dan pantang memandai-mandai. Kelima-lima etika ini mencerminkan kesempurnaan rekaan pakaian Melayu khususnya yang terdapat pada Baju Kurung.

Begitu juga dengan maksud kancing sebutir yang menutup bukaan leher baju tersebut dikatakan membawa maksud keesaan Allah. Sementara jahitan tulang belut yang melingkari bulatan lubang leher membawa maksud kekukuhan ukhwah dalam satu jalinan yang kemas dan rapat.
Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login