Skip to content

PERUBAHAN TERHADAP BAJU KURUNG PADA HARI INI

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Baju kurung perempuan telah mengalami pelbagai evolusi selaras dengan perubahan masa. Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya

Baju Kurung sedia ada di pasaran hari ini banyak yang mempunyai badan yang dilapis-lapis, kadang-kala kain nya juga berlapis dan tidak mempunyai sisi yang disusun ombak mengalun. Adakalanya baju dipadankan dengan dress panjang, kain berlipat di tengah belakang atau kain yang diperbuat daripada jenis kain yang memeri seperti lycra, jersey dan knit. Lengan baju juga diubah berlapis-lapis, kembang di pergelangan tangan dan adakalanya bercekak. Kebiasaannya pakaian sebegini dipopularkan sebagai ‘Baju Kurung Moden’ hanya kerana bentuk lehernya dikekalkan sepertimana Baju Kurung yang asal.

Rekaan yang sebeginilah yang menjadikan ‘Baju Kurung’ disalah erti dalam adab pakaian. Ini disebabkan rekaan yang baru ini biasanya mengikut bentuk badan, ada yang menggunakan kain nipis, pendek dan tidak menutup kepala berbeza daripada adab berpakaian tradisional orang Melayu yang terdahulu.

Kebanyakan daripada Baju Kurung Moden ini tidak lagi menggunakan pola-pola Baju Kurung tradisional, iaitu tidak menggunakan pesak dan kekek. Di mana, ciri-ciri itulah yang antaranya menjadi ciri-ciri utama kepada pola Baju Kurung. Majalah-majalah fesyen dan pereka-pereka fesyen pula gemar mengetengahkan padanan baju dan kain labuh sebagai ‘Baju Kurung Moden’. Tidaklah menjadi satu kesalahan untuk menjadikan pakaian tradisi itu sebagai inspirasi kepada yang baru kerana dengan adanya yang baru, yang tradisi itu tetap diingati dan dirujuk. Namun demikian, seharusnya apabila gaya, potongan dan rupanya telah menjadi baru, maka nama pakaian tersebut haruslah sejajar dengan fesyen yang diketengahkan tanpa perlu mengheret penggunaan nama tradisional untuk mempromosikan fesyen tersebut.

Di sini dapat disimpulkan Baju Kurung yang asli sememangnya direka dan digayakan mengikut tatacara pakaian Melayu yang berteraskan hukum islam. Hal ini kerana, Baju kurung direka bertujuan untuk menjaga dan melindungi maruah yang memakainya. Ia juga direka supaya mudah mengerjakan ibadah seperti solat kerana potongan-potongan badan, lengan dan bukaan kaki seluar yang luas dan longgar. Bagaimanapun, oleh kerana kefahaman yang sedikit tentang asal-usul dan adab mengenakan Baju Kurung, maka rekaan-rekaan baru yang diinspirasikan daripada Baju Kurung tradisional telah diubah sifatnya mengikut selera pakaian moden.

Seringkali melihat masyarakat melayu pada hari ini memakai Baju Kurung Moden, namun kenapa baju-baju moden yang dipakai oleh majoriti kaum melayu pada hari ini juga dipanggil sebagai baju kurung. Adakah fahaman dan makna Baju Kurung amat longgar di kalangan masyarakat samada yang mereka pakaian tersebut (pereka fesyen), yang mempromosikannya (media) dan yang menggunakannya (konsumer). Oleh itu, jika manipulasi terhadap baju kurung ini dibiarkan, generasi baru tidak lagi kenal bentuk Baju Kurung dan prinsip-prinsip yang terbina dalam cara pakaian Melayu ini.

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login