Skip to content

PERKARA PENTING YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM KELUAR RUMAH

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Setelah beberapa bulan kita berada dalam kawalan perintah pergerakan akhirnya minggu lepas, Perdana Menteri telah mengisytiharkan kebenaran merentas negeri. Oleh itu, Perintah kawalan pergerakkan sekarang dah tidak strict seperti yang dulu. Sekarang juga sudah boleh merentas negeri dan keluar seperti biasa. Walaupun kelonggaran telah diberikan, kita sebagai rakyat Malaysia yang bersatu hati perlulah memastikan yang SOP dipatuhi Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum melangkah ke luar rumah.


Penggunaan pelitup muka memang perkara wajib yang perlu dipatuhi sejak berlakunya pandemik ini. Hari makin hari sudah ramai yang sudah terbiasa dengan pemakaian mask atau pelitup muka ini, ianya tidak menjadi masalah besar.

 

Telah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kita tidak jatuh sakit dan tidak menjangkiti orang lain. Oleh itu, janganlah pentingkan diri sendiri sehingga menyebabkan orang yang tidak bersalah turut dijangkiti covid-19. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda covid-19 seperti demam atau pening kepala sebaiknya janganlah keluar rumah. Takut-takut anda telah dijangkiti covid-19 ataupun anda menjadi pembawa wabak ini.

 

Dokumen pengesahan diri seperti kad pengenalan dan lesen memandu adalah wajib kena ada kemana sahaja kita pergi. Hal ini kerana sekiranya berlaku apa-apa kemalangan yang tak diingini, senang untuk mereka di tempat kejadian ingin membuat laporan polis.

 

Sekiranya tujuan keluar rumah adalah untuk membeli barang, pastikan anda membuat senarai terlebih dahulu. Ini dapat mengelakkan anda daripada membeli barang yang tidak diperlukan. Iyalahh kan… kadang -kadang bila tak buat senarai ini bila dah sampai kedai selalu terlupa nak beli apa… Bila dah sampai rumah baru teringat nak beli apa. Betul tak ???

 

Perkara yang sangat penting dan perlu diperiksa sebelum keluar rumah adalah dapur gas dan barangan elektrik. Pastikan dapur gas telah dimatikan untuk mengelakkan daripada berlakunya kebakaran. Seterusnya, barangan eletrik seperti periuk nasi atau water dispenser perlu juga dimatikan untuk mengelakkan daripada berlakunya litar pintas.

 

Sampai disini sahaja perkongsian pada kali ini , Semoga info ini bermanfaat untuk semua.

Maaf atas segala kesilapan sepanjang perkongsian ini : )

STAY SAFE SEMUA !!!

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login