PEMILIHAN TUDUNG KE PEJABAT
Sebenarnya, terdapat banyak gaya tudung yang dapat distailkan, namun pemilihan gaya tudung juga memainkan peranan dalam setiap majlis kerana jika tidak sesuai ianya akan buat seseorang itu tidak selesa atau tidak cantik.
Bagi yang bekerja di pejabat tentunya dari pagi hingga petang. Malah, ada juga wanita berkerjaya perlu menghadiri pelbagai acara sehingga ke malam, pastinya gaya dan keselesaan tudung menjadi perkara yang amat diberi perhatian.
Gaya tudung yang simple dan tidak memerlukan banyak butang sangatlah digalakkan kerana ianya memudahkan si pemakai untuk membuka dan memakai kembali tudung , terutama untuk mereka yang ingin menunaikan solat dan dalam masa yang sama mahu pastikan tudung sentiasa dalam keadaan baik.
Oleh itu , untuk perkongsian tips pada harini , kami nak share tips pilih tudung yang sesuai untuk ke pejabat.

PILIH TUDUNG YANG KAINNYA NIPIS TAPI TAK JARANG
Pemilihan tudung yang terlalu tebal akan menyebabkan pendengaran si pemakai kurang jelas atau ‘pekak’. Bukan itu sahaja, memakai tudung tebal juga menyebabkan telinga akan berasa sakit dan kemerahan.

PILIH JENIS TUDUNG IKUT KESELESAAN
Ikut keselesaan anda. Sekiranya anda lebih selesa dan terbiasa untuk pakai bawal , pakailah bawal dan begitu juga sebaliknya. Tetapi gayakanlah tudungnya dengan gaya yang simple dan tak terlalu banyak menggunakan pin atau jarum peniti supaya senang dipakai semula sewaktu lepas solat.

MATERIAL TUDUNG YANG SELESA
Pilihlah tudung yang material nya berasa sejuk dan serap peluh. Hal ini kerana, jika dipakai dalam masa yang lama tidak akan rimas dan berbau.

PILIH ANAK TUDUNG YANG SESUAI
Pilih anak tudung yang tidak terlalu tebal kerana ia akan menyebabkan sakit dan kemerahan pada telinga si pemakai. Tetapi jika memakai anak tudung terlalu nipis juga akan menyebabkan rambut senang terkeluar dan berasa rimas.
SEMOGA INFO INI MEMBERI MANFAAT DAN BERGUNA UNTUK SEMUA.
SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BEKERJA !