MENGGAPAI SINAR MALAM LAILATUL QADR
Ramadan adalah bulan pengampunan di mana pada bulan ini Allah membuka luas pintu ibadah dan memberikan ganjaran keampunan buat dosa-dosa silam kita. Pada bulan ini, terdapat satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh semua umat islam iaitu Malam Lailatul Qadr.
Lailatulqadar (لیلة القدر) merupakan satu malam yang istimewa di Bulan Ramadan.
Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
— Surah al-Qadr: 1-3
Malam lailatul Qadr yang dikenal sebagai salah satu malam yang menyimpan keutamaan yang melimpah, bahkan dipercayai lebih mulia dibanding 1000 bulan. Maka dari itu tak hairan jika malam lailatul qadar ini banyak dinantikan umat Muslim di berbagai penjuru negara. Malam yang hanya muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Sangatlah beruntung kepada mereka yang berjumpa dengan malam ini.
Malam al-Qadr tidak diketahui secara tepat akan waktunya. Ia merupakan salah satu rahsia Allah dan hikmah agar hambanya sentiasa tekun beribadah pada bulan Ramadan.
Namun terdapat Hadis Nabi yang menyebut;

Berdasarkan hadis yang disebutkan di atas, Rasulullah mengisyaratkan agar umatnya mencari malam Lailaqul Qadar pada malam yang ganjil bagi 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
Malam-malam ganjil yang disebutkan ialah malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29.
sumber: https://malaysiadateline.com/tahun-ini-malam-lailatul-qadar-mungkin-jatuh-pada-29-ramadan-30-april-2022/
KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADR
1. Ibadah sama seperti ibadah selama seribu bulan
Pada malam ini, pahala ibadah yang selalu kita buat akan digandakan dengan gandaan yang sangat banyak iaitu lebih baik daripada 1000 bulan.
Seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Al-Qadr ayat 3:

Ini memberi isyarat bahawa malam tersebut akan menggandakan pahala ibadah yang kita buat sebanyak 1000 bulan.
Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.
2. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut.
Pada malam tersebut juga Malaikat beramai-ramai termasuk jibril akan turun ke bumi. Allah SWT Berfirman

Imam Qurtubi menjelaskan: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.
3. Mendapat keselamatan dan kebaikan hingga terbit fajar.
Malam ini juga Allah telah janjikan kesejahteraan kepadanya hingga terbut waktu fajar.
Allah SWT berfirman:

Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”
sumber: https://akumuslim.asia/lailatul-qadar-kelebihan-tanda-amalan-doa/
ANTARA AMALAN YANG DIGALAKKAN PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN
Jelas terbukti betapa mulia dan agungnya malam Lailatulqadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan.
Justeru, hendaklah kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian.
Berikut adalah amalan malam Lailatul Qadar yang dianjurkan:
- qiamullail,
- bacaan al-Quran,
- zikrullah,
- munajat dan doa (terutamanya doa keampunan dan kerahmatan daripada-Nya)
sumber: https://harianpost.my/doa-malam-lailatul-qadar/
DOA MALAM LAILATUL QADR
Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah tentang apakah yang perlu dilakukan andainya bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Lalu Baginda Nabi mengajarkan kepadanya doa di bawah ini:

Oleh itu amalkan doa lailatul qadar ini sepanjang bulan Ramadan ini. Ia adalah doa yang diucapkan sendiri oleh Baginda Nabi dalam usaha kita memohon keampunan dari Allah.
Semoga info ini bermanfaat untk semua…
Perbanyakkan lah ibadah pada bulan ini demi mendapatkan ganjaran pahala yang berga