Skip to content

“Mangsa Banjir Gembira Dapat Baju” – Bantuan Hasnuri Bikin Sebak

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Sejak kebelakangan ni, makin ramai individu dan juga keluarga telah terkesan teruk dengan keadaan banjir dan paras air naik di kawasan-kawasan seperti Shah Alam, Kuala Lumpur, Pahang dan sebagainya dalam Malaysia. Kesan yang diorang alami bukan sahaja dari segi emosi, fizikal, sosial dan paling penting sekali dari segi kewangan sekeluarga.

Walaupun ramai yang terkesan, masih ada yang bernasib baik dan  mereka telah melakukan sesuatu yang sangat diperlukan oleh semua mangsa banjir waktu yang sangat tenat sekarang ni. Hasnuri telah mengambil tindakan pantas untuk memberikan kemudahan kepada semua mangsa banjir yang telah terkesan. Mereka telah dengan giatnya melakukan sumbangan di pelbagai tempat yang terkesan seperti Kawasan Taman Sri Nanding Hulu Langat, Sekolah Rendah Agama Padang Jawa dan banyak lagi dalam negeri Selangor ni. Semoga bantuan mereka dirahmati.

 

          

Alhamdulilah, Skuad #CintaHasnuri telah membuat persediaan memberi bantuan sejumlah RM39,000 dalam bentuk pakaian kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Lebih kurang 250 keluarga telah Hasnuri bantu.

Skuad #CintaHasnuri Berkongsi Pengalaman Mangsa Banjir

Melalui perkongsian yang mereka saksikan sendiri di kawasan banjir tu, mereka dapat lihat yang keadaan jalan raya agak sibuk dan kotor sebab banjir dan masih ada lagi kawasan yang dinaiki air. Harapnya air akan semakin surut. Selain tu, beberapa keluarga juga telah kehilangan punca pendapatan mereka kerana kereta yang mereka pakai untuk mencari rezeki telah ditenggelami air dan tidak dapat digunakan lagi oleh keluarga tersebut. Bukan itu sahaja, ada juga keluarga yang baru sahaja memiliki kenderaan tak sampai seminggu turut ditenggelami air banjir.

Alhamdulillah, banyak mangsa banjir yang diberi bantuan nampak sangat gembira bila Hasnuri bagi baju baru untuk mereka. Menjadi satu pengajaran kepada Skuad #CintaHasnuri pelajari bahawa apa yang kita miliki sekarang ni belum tentu akan jadi milik kita selamanya sebab apa sahaja yang kita miliki akan hilang sekelip mata sahaja. Oleh itu, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada dan jadikan ujian yang menimpa kita sebagai satu semangat baru untuk kita teruskan kehidupan kita ke arah yang lebih positif dan berjaya di masa hadapan nanti.

 

Misi Bantuan Banjir Cinta Hasnuri

Dropship Hasnuri Meneruskan Pemberian Bantuan

Baru-baru ni juga, dropship Hasnuri sendiri telah secara sukarelanya dan dengan berbesar hati membantu untuk meneruskan proses pemberian bantuan kepada mangsa banjir. Walaupun dirinya sendiri tergolong sebagai mangsa banjir, dropship Hasnuri telah betul-betul berjasa kepada masayarakat dengan bantuannya yang giat dilakukan.

Sumber artikel : Siakap Keli

Kami di Hasnuri turut bersimpati dengan bencana yang telah berlaku di Malaysia. Kami mendoakan semoga mangsa-mangsa yang terkesan dengan banjir ini diberikan kekuatan dan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan.
Semoga dengan ujian ini tersimpan seribu hikmah.

Stay Safe & Take Care !

www. hasnuri.com