Skip to content

KOKO HASNURI 2022

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Untuk perkongsian blog kali ini Min nak share lah dekat Hasnuri Lovers pasal Aktiviti Team Hasnuri.
Sebab ramai yang tertarik dengan aktiviti Team Hasnuri bila Min share gambar dekat Social media hasnuri.
Semua cakap seronok tengok Team hasnuri buat macam-macam aktiviti.

Kalau uollls nak tahu hari rabu setiap minggu Team Hasnuri memang akan mengadakan TOWNHALL atau pun kita panggil Koko.
Alaa macam dekat sekolah-sekolah tu dulu.
Tapi time sekolah dulu Min banyak buat alasan lah sebab malas nak pergi heheheh *Jangan contohi min part ni >,<

Iyalah kekadang terlalu sibuk bekerja sampai takde masa nak bersukan. Iyalah pagi pergi kerja, balik petang. Malam pula dah penat kan..
Badan pun makin lama makin tak bertenaga..
Jadi aktiviti koko ni sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi lah stamina Team hasnuri untuk terus semangat bekerja.

Tujuan utama koko ini diadakan adalah tak lain tak bukan untuk meningkatkan stamina Team Hasnuri. Tetapi secara tak langsung dapat juga merapatkan lagi silaturrahim antara Team Hasnuri.

 

Untuk minggu pertama koko, Aktiviti yang dilakukan adalah Permainan “Musical Chairs”.
Team Hasnuri dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Team lelaki dan Team Perempuan diasingkan.
Dekat bawah ni Min sharekan gambar dan video untuk Koko hasnuri untuk Minggu 1.


Gambar Team Hasnuri sebelum bermain ‘Musical Chair’

 

Untuk minggu ke-2 koko, Aktiviti yang telah dilakukan makin mencabar iaitu Permainan Bola Tampar.
Time ni memang paling best. Semua sangat excited!!! lebih lebih lagi mereka yang mempunyai bakat dalam Bola Tampar.
Dekat bawah ni Min sharekan gambar dan video untuk Koko hasnuri bagi Minggu 2.

 


Gambar Team Hasnuri mengikut kumpulan.

Untuk minggu seterusnya iaitu minggu ke tiga koko Hasnuri , team Hasnuri telah bermain Permainan Sukaneka.
Alaa macam permainan time sekolah rendah atau tadika tu…
Antara aktiviti yang di buat adalah bawa bola pingpong menggunakan sudu plastik, isi air ke dalam botol menggunakan span dan banyak lagi.
Sangat best dan semua Team Happy sangat. Sampai kan ada yang tergolek uollls hahhaha
Seronok sangat ler tu… heheheh
Jadi dekat bawah ni Min share video dan gambar untuk aktiviti koko minggu ke-3.


Sesi pemberian Hadiah oleh Founder Hasnuri, Puan Nuriah Zakaria.

Aktiviti-aktiviti sukaneka

Sampai Minggu ke -3 sahaja perkongsian cerita tentang Koko Hasnuri.
Best dan seronok kan tengok Team Hasnuri bersukan, semua nya main dengan sungguh bersemangat ya …
Uolls memang amazing lah…
nanti Min akan share lagi dekat uolls koko hasnuri minggu berikut nya.. InshaaAllah..

 

Tamat sudah perkongsian blog kali ini.
Beginilah suasana koko hasnuri setiap petang rabu. Ceria dan gembira itu memang Team Hasnuri..
Semoga culture macam ni diteruskan sampai bila -bila di Hasnuri bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara Team hasnuri.
Sebab di Hasnuri ‘Teamwork’ adalah nilai yang kami pegang.
Siapalah Hasnuri tanpa Team Hasnuri yang Hebat ini!

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login