Skip to content

JADIKAN DIRI TETAP ISTIQAMAH

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Istiqamah dalam berhijrah bukanlah perkara yang mudah untuk konsisten, nak-nak pula iman manusia yang sering naik turun. Tapi itu bukanlah alasan untuk tidak terus istiqamah.

 

Sebagai seorang muslim, perlu untuk memasang niat yang jelas kerana Allah SWT dalam berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik. Niat yang jelas akan mengekalkan kita dalam istiqamah

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk terus istiqamah. Oleh itu , perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi tips tetap istiqamah dalam beribadah.

Dekatkan diri dengan rakan yang baik-baik.

Berkumpul dan bergaul di lingkungan orang-orang saleh. Hal ini sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah Ta’ala. Teman-teman yang soleh akan sentiasa mengingatkan antara satu sama lain dan saling menegur sekiranya melakukan perkara yang salah. Sekeliling yang baik dapat mengubah diri .

Berdoa dan memohon keteguhan hati pada Allah SWT

Manusia ini hati nya bersifat bolak balik. Oleh itu, mohon lah doa pada Allah untuk diberikan kecekalan dan keteguhan hati untuk terus istiqamah pada Allah. Allah itu suka hambanya yang sentiasa berdoa, jangan sesekali berhenti berdoa pada Allah.

Mulakan dengan sesuatu yang sangat mudah dan senang

Biasakan diri dengan perkara yang mudah dahulu, jangan paksa diri untuk buat perkara yang susah dan berat untuk anda lakukan. Sebagai contoh sekiranya anda ingin melakukan solat dhuha setiap hari , mulakan dahulu dengan 2 rakaat dan sekiranya anda sudah terbiasa bolehlah anda tambah rakaatnya. Lama kelamaan akan timbul rasa tidak lengkap sekiranya ditinggalkan.

 

Kesimpulannya, istiqamah ini terpulang kepada manusia. Adakah kita betul-betul nak konsisten atau tidak. Kembali kepada niat dan tujuan kita dalam beribadah di bumi Allah ini.

Semoga dipermudahkan semua urusan anda semua dan dicekalkan hati untuk terus istiqamah ke jalan Allah.

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login