“HASNURI BANGUN MELEBARKAN SAYAP”
Setiap kejayaan yang dilihat sekarang bermulanya daripada kosong, Begitu juga dengan Kisah Hasnuri yang ditubuhkan oleh pasangan suami isteri bahagia ini, Tuan Hasbullah Awang dan isteri kesayangannya Puan Nuriah Zakaria…
Semuanya bermula pada tahun 2014, Hasnuri mula buka Butik Pertamanya di Jalan Niaga, Kota Tinggi. Dengan hanya menyewa lot kedai yang diubah suai untuk dijadikan sebagai butik dan juga tempat tinggal keluarga Tuan Hasbullah.


“Dapat duit pinjaman RM10,000 saya dan Nuriah ke golok bagi membeli barang-barang jualan seperti blouse, tudung, skirt, sejadah, narita dan macam-macam lagi.
Tuan Hasbullah Awang
Pada awalnya,Hasnuri menjual pelbagai jenis produk seperti pakaian wanita, tudung, toto narita, kelambu, kelambu dan lain-lain lagi.

Hasnuri juga sangat aktif menyertai event yang dijalankan di seluruh malaysia seperti Mood republik johor, kelantan & kuala lumpur.



Tahun demi tahun, tenaga demi tenaga dikeluarkan, bersengkang mata di malam hari, diiringi pula dengan tindakan luar biasa yang dilakukan dan kini akhirnya Hasnuri mempunyai 4 cawangan besar di Malaysia.

Butik Hasnuri kini telah berada di 4 kawasan iaitu Kota Tinggi, Pasir gudang, Kelantan dan juga Paradigm Mall JB.



“Tak pernah sangka dapat pergi sejauh ini!” itulah kata-kata yang terungkap oleh Founder Hasnuri, Tuan Hasbullah & Puan Nuriah setiap kali kami mendengar cerita kisah hidupnya.
Siapa pernah sangka yang dulunya pernah merasai kesempitan hidup , bersusah payah bersama anak-anaknya kini hidupnya lebih senang dan mewah daripada sebelumnya.
Dapat membantu bukan hanya seluruh ahli keluarga sahaja malah mereka diluar sana yang tidak dikenali juga dibantu jana pendapatan cecah berpuluh ribu ringgit sebulan hanya dengan menjadi ahli Dropship Hasnuri.
Dan Alhamdulilah Hasnuri Pasir Gudang juga telah menjadi HQ Hasnuri. Segala pembungkusan baju pelanggan dan juga penyimpanan stok baju semuanya diletakkan di Warehouse Hasnuri Pasir Gudang.

Pelbagai Event ataupun majlis telah pun dibuat disini.



Bulan Mac 2022, Hasnuri melebarkan lagi sayapnya dengan membuka lagi satu cawangan di negeri kelahiran Tuan Hasbullah, iaitu di Kelantan.


Tidak terhenti di sini Hasnuri membesarkan lagi empire nya dengan membuka satu lagi cawangan di Paradigm Mall JB. Tempat Pusat membeli belah yang popular dan menjadi tumpuan warga Johor dan sekitarnya. Tempat yang cukup strategik untuk menarik lebih ramai pelanggan. Berkeluasan 18 000 sqft dan mampu memuatkan 50 000 helai baju pelbagai design dan warna dalam satu masa.
Ruang yang lebih besar dan selesa disediakan special untuk Hasnuri Lovers berbelanja Koleksi Hasnuri dengan senang hati dan selesa.







Hasnuri juga kini sudah mempunyai lebih 150 staff yang berpengalaman dan hebat.
Semua staff Hasnuri yang bekerja mempunyai satu misi iaitu untuk membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana mendapatkan baju yang menutup aurat dengan sempurna.

Alhamdulilah selepas berapa tahun Hasnuri berhempas pulas kerah tenaga , kini pada Tahun 2022 Hasnuri sudah berjaya mempunyai 4 Cawangan di Malaysia. Sesuatu kejayaan yang amat bermakna bagi Founder Hasnuri Tuan Hasbullah Awang dan Puan Nuriah Zakaria. Kini Hasnuri juga telah dikenali Satu Malaysia dan menjadi pilihan rakyat malaysia membeli baju kerana harganya yang mampu milik.
Min akan terus mendoakan agar Hasnuri akan terus maju jaya dan dapat membuka lebih banyak lagi cawangan di seluruh Malaysia dan semoga satu hari nanti Hasnuri dapat keluar negara dan membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana menutup aurat dengan sempurna.
Sampai disini sahaja perkongsian perjalanan Hasnuri. Semoga kisah ini dapat menjadi inspirasi kepada orang muda diluar sana untuk terus semangat bekerja dan mengejar impian mereka.
Jumpa lagi dalam blog seterusnya. Bye Assalamualaikum.