GURU INSPIRASI : IMPIAN CIKGU ELIANA
16 MEI dipilih sebagai Hari Guru pada setiap tahun. Hari dimana semua guru di Malaysia akan diraikan atas segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka.
Juga menjadi Hari penghargaan kepada para guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan.
Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar.
Jadi untuk perkongsian blog kalini Min nak kongsikan kisah seorang guru yang menjadi inspirasi oleh anak-anak muridnya di sekolah kerana penampilan muslimahnya.
Puan Siti Eliana Rosli merupakan salah seorang Guru yang mengajar di SMK Agama Pahang, Muadzam Shah, Pahang.
Beliau telah menerima Anugerah Ikon Guru Muslimah yang berstyle pada Sambutan hari Guru di sekolah SMK Agama pada 16 Mei 2022 yang lalu. Cikgu Eliana memilih Koleksi Hasnuri sebagai pakaian harian pergi mengajar.
Cikgu Eliana juga pernah mendaftar menjadi Dropship Hasnuri. Cikgu Eliana bukan sekadar menjual Koleksi Hasnuri kepada rakan-rakan guru dan sedara-mara nya tetapi Cikgu Eliana juga beli untuk dirinya. Dan kini Cikgu Eliana memiliki Koleksi Hasnui hampir 40 pasang. Cikgu Eliana mengimpikan lebih ramai orang di luar sana sama-sama menutup aurat dengan sempurna macam beliau dan menjadi ikon dan contoh kepada wanita di luar sana.
“HASNURI mencetuskan idea Dan merealisasikan “IMPIAN ELIANA” yang bermakna dalam Hidup saya… Saya terinspirasi membawa imej sopan & muslimah kepada anak-anak murid di sekolah… “
Kata Cikgu Eliana
Di bawah ini Min sertakan beberapa gambar Cikgu Eliana tampil ayu dan sopan menggayakan Koleksi hasnuri.

Penampilan beliau yang menutup aurat dengan sempurna menjadikan ia ikon untuk dicontohi oleh anak muridnya. Sikap beliau juga yang baik dan penyayang menjadikan beliau disayangi oleh murid-muridnya.
Bukan hanya di sekolah , Cikgu Eliana juga suka memakai sedondon dengan keluarga kecilnya.
Cikgu Eliana tetap memilih koleksi Hasnuri sebagai pakaian untuk beliau sedondon bersama keluarga…
Tengoklah tu,sangatlah ayu dan sopan je Min tengok Cikgu Eliana ni, sejuk je hati memandang.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa guru merupakan seorang yang sangat berjasa dalam kehidupan seseorang. Kerana besarnya jasa dan pengaruh yang diberikan, rasanya semua yang kita ada mungkin tidak cukup untuk membalasnya.
Walaupun tidak dapat dibalas dengan sesuatu yang besar dan setara, ucapan selamat hari guru buat wira tidak didendang di hari guru tentunya amat bermakna. Ucapan Hari Guru 2022 yang tulus dan penuh bermakna sudah pasti hadiah yang indah buat para guru.
Jadi sebelum Min menutup tirai blog pada kali ini Min nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada Cikgu Eliana dan semua guru di Malaysia.
Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dalam memberi didikan kepada kami.
Min akhiri blog kali ini dengan serangkap pantun.
Merah menjala si bunga raya,
Dipetik sekuntum buat ibunda,
Terima kasih guru semua,
Menjadikan muridmu orang yang berguna.
Dapatkan baju yang cantik macam Cikgu Eliana gayakan di www.hasnuri.com