Skip to content

ERTI SEBENAR JALUR GEMILANG

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Bulan 8 dikenali sebagai Bulan Kemerdekaan bagi Rakyat Malaysia.
Seluruh rakyat Malaysia di mana laungan “Merdeka!” serta kibaran bendera Jalur Gemilang memenuhi suasana di seluruh tanah air kita.

Jalur Gemilang merupakan bendera rasmi negara Malaysia terdiri daripada 14 jalur melintang sama lebar yang mewakili keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerjaan persekutuan.

Jalur turut menggambarkan satu haluan yang lurus dengan hala tuju yang sama dalam memacu kegemilangan bangsa dan negara.

Manakala Gemilang pula bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang yang membawa pengertian bawaha jalur itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyatnya dalam mengharungi apa juga bidang kehidupan.

Maksud Lambang Pada Jalur Gemilang

Berikut dikongsikan huraian maksud lambang yang ada:

Bulan & Bintang 
Menggambarkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara

Bintang Pecah 14

Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan

14 Jalur
14 jalur berwarna merah dan putih yang sama lebar menggambarkan 13 buah negeri anggota dan sebuah Wilayah Persekutuan yang memiliki keanggotaan yang sama dalam negara Malaysia

Maksud Warna Pada Bendera Jalur Gemilang

Huraian maksud warna pada bendera Malaysia adalah seperti berikut:

Biru 
Menggambarkan perpaduan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum di negara ini seperti Melayu, Cina, India

Merah
Warna merah menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta

Putih
Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat dalam mengangkat nama negara ke persada dunia

Kuning
Warna kuning melambangkan warna Diraja, secara khususnya menggambarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan


Sampai disini sahaja perkongsian blog untuk kali ini, Semoga info ini bermanfaat untuk semua dan memberikan pengetahuan baru kepada sesiapa yang belum tahu.

Sekiranya anda mencari baju yang sesuai untuk Hari kemerdekaan pada 31 OGOS ini boleh singgah ke website kami di www.hasnuri.com.

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login