Skip to content

Dah Beribu Modal Meniaga ‘Burn’ Tanpa Hasil, Wanita Bangkit Susun Strategi ‘Rahsia’ Tanpa Modal Hingga Dapat RM1 Juta

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

“Niat nak cari income lebih untuk family tapi banyak yang perlu dilalui,”

“Keluar modal beribu-ribu,masuk kelas macam-macam tapi takde hasil, sampai rasa putus asa nak berniaga,”

Entah di mana silapnya, semuanya bagaikan tidak kena untuk Puan Masitah Mohd Noor apabila perniagaan yang dijalankan olehnya menemui jalan buntu. Bayangkan sudah berhempas pulas keluarkan modal dan berulang-alik ke sana ke mari namun kejayaan yang didambakan nampak kelam.

Pada satu tahap, dia yang juga merupakan seorang guru hilang arah dan tidak tahu bagaimana untuk bangkit semula. Niatnya hanyalah demi mencari rezeki yang lebih untuk keluarga, di samping mengembangkan minatnya dalam berniaga.

Tetapi itulah lumrah dalam kehidupan, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Segala kegagalan yang dilalui sebenarnya menjadi permulaan kepada perjalanan baharu yang lebih baik dan mungkin tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

                                     

Penat itu lebih dari hasilnya…

Ketika dihubungi oleh SK, Puan Masitah berkata dia sebelum ini berniaga pelbagai jenis barangan termasuk barangan bayi, produk kosmetik dan produk-produk viral.

“Hujung minggu penat ulang alik GM Klang-Segamat borong barang sampai penuh kereta, berhimpit dengan anak-anak dalam kereta, penat tu lebih dari hasilnya,” katanya.

                                  

 

Tambahan pula bila pandemik ‘menjengah’ dua tahun lalu, jualannya terus merudum sehingga membuatkannya buntu dan hampir berputus asa. Namun, di sebalik kesulitan pasti ada kemudahan dan rezeki kurniaan Allah SWT itu sangat luas serta datang dalam keadaan yang tidak dijangkakan.

Siapa sangka sifat Puan Masitah yang percaya pada rezeki dan berani mencuba sesuatu yang baharu menjadi permulaan kepada kejayaan yang lebih besar. Hasil dorongan dari rakannya, dia kembali bangkit semula melakukan perniagaan dengan menjual baju kurung Hasnuri.

                                    

 

Menurutnya, dia dapat merasai perubahan yang ketara setelah menyertai Hasnuri iaitu mendapat bimbingan yang lengkap berkaitan bisnes dan dapat masuk circle yang sangat positif. Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian terhadap bisnes baju kurung ini.

“Founder dan team Hasnuri banyak bagi support dan idea ketika saya mula menjadi dropship sehingga kini,” katanya.

 

Dibimbing hingga dapat RM1 juta

Di awal penglibatannya, Puan Masitah hanya mendapat jualan sebanyak RM420 sebulan dan seterusnya melebihi RM150,000 sebulan. Kegigihannya membuahkan hasil apabila dia telah mencatatkan jualan RM1 juta pada tahun lalu.

                                              

Malah, dia mendapat pelbagai manfaat daripada pengasas Hasnuri ekoran pencapaiannya yang baik termasuk pernah mendapat 11 bentuk cincin emas.

                                                 

Siapa saja yang tidak kenal dengan Hasnuri, seringkali nama itu keluar di corong radio. Jenama pakaian Muslimah ini diasaskan oleh Hasbullah Awang @ Hassan bersama isterinya, Nuriah Zakaria. Sejak 2014, Hasnuri mengeluarkan pelbagai jenis baju kurung yang sopan dan moden, sesuai dengan kehendak pelanggan masa kini.

Menariknya, Hasnuri juga sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa saja yang ingin mencari rezeki dan mengubah hidup. Sehingga kini, ia mempunyai lebih 50,000 dropship dengan hasil jualan mencecah ratusan ribu sebulan, buktinya dapat dilihat pada Puan Masitah.

Bagaimana pula dengan anda? Inilah peluang terbaik untuk anda menyertai keluarga Hasnuri dan mengubah hidup seperti Puan Masitah, terutamanya bagi yang telah hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Kalau berminat dan ingin ketahui maklumat dengan lebih lanjut, layari pautan Dropship Hasnuri DISINI.

 

Ingin dapatkan baju raya sedondon untuk Raya ini? Layari www.hasnuri.com sekarang!

 

 

 

 

 

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login