CARA PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI
Kebersihan diri adalah perkara paling utama dalam kehidupan seharian manusia. Dalam keadaan pandemik ini, seeloknya kita lebih berwaspada dan menitik beratkan hal-hal kebersihan terutamanya. Untuk pengetahuan umum, terdapat juga perkara perkara kecil yang sering diremehkan dalam kehidupan yang seharusnya menjadi asbab terpenting bagi kita. Bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Jadi mari kita selongkar cara-cara penjagaan kebersihan diri dengan sempurna dan betul.

Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
Mandi adalah perkara yang diwajibkan bagi semua orang. Dalam Islam juga amat mengambil berat tentang hal mandi atau membersihkan diri bagi memastikan diri sentiasa dalam keadaan bersih. Justeru, mandi ini dapat menyegarkan badan yang lemah dan lesu.

Sentiasa memotong kuku
Kuku adalah punca utama yang boleh mendatangkan penyakit. Ini kerana, kita seharusnya memotong kuku apabila sudah panjang atau kotor ataupun lebih baik sekiranya mengikut amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Memakai wangi-wangian
Bau yang wangi dapat menyegarkan lagi badan dan boleh memberi keyakinan pada diri sendiri. Oleh itu, dapat mengelakkan bau badan yang berpeluh sekiranya seharian suntuk bekerja.

Memakai pakaian yang kemas dan bersih
Diri akan lebih selesa dan tampil segar dengan memakai pakaian yang bersih. Hal ini dapat membuatkan orang lain berasa tenteram dengan kita dan menjadikan diri berasa lebih kemas.
Semoga tips ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua.
Ayuh marilah kita menjaga kebersihan diri kerana ia juga separuh daripada iman. Kekal bersih walau dimana anda berada.
STAY SAFE & JANGAN LUPA JAGA SOP YAA
Layari www.hasnuri.com sekarang untuk dapatkan baju-baju yang stylish dan elegant .