CARA MENYIMPAN DUIT DENGAN BIJAK
Menyimpan wang atau menabung wang sangatlah penting bagi semua orang. Salah satu asas pengurusan wang adalah dengan menyimpan wang. Terutama pada zaman kini semuanya memerlukan wang.
Tiada siapa yang tahu bila akan ditimpa kemalangan, oleh itu sediakan lah payung sebelum hujan… Sekiranya berlaku perkara yang tak diingini seperti sakit atau hilang pekerjaan , sekurang-kurangnya adalah wang sedikit untuk tanggung kos hidup hasil daripada menyimpan wang.
Oleh itu , perkongsian kali ini nak tunjukkan kepada anda tips menyimpan duit dengan bijak.

Tukar gaya hidup
Sekiranya anda adalah orang yang jenis memakai semua barang branded dan mahal anda disarankan untuk kurangkan pembelian barang branded oleh kerana harganya yang mahal. Tidak semua barang yang berharga murah tidak berkualiti. Tidak salah untuk beli tetapi cuba untuk hadkan pembeliannya. Sekiranya anda suka pergi ke shopping mall pada hujung minggu cuba tukar pergi ke tempat lain yang tidak menggunakan wang seperti taman, tasik atau tempat riadah.

Menyimpan sedikit demi sedikit
Biasakan diri untuk menyimpan duit setiap bulan. Walaupun sedikit tidak mengapa.. yang penting ada simpan.. Bak kataa pepatah , sikit-sikit lama-lama jadi bukit… Mungkin pada sesetengah orang ianya bukan mudah untuk dilakukan tetapi cuba dahulu dengan menyimpan dengan jumlah yang sedikit tetapi konsisten. Boleh cuba dengan RM1 atau RM2 dalam tabung. Jangan keluarkan duit yang telah disimpan, tetapi sekiranya kecemasan duit yang telah dikeluarkan perlu diganti semula. Untuk memastikan anda konsisten dalam menabung anda perlu ada semangat yang tinggi dan berrdisiplin.

Tetapkan matlamat menyimpan
Anda perlu mempunyai matlamat dalam menabung , ini supaya bila anda mahu menabung anda akan berasa semangat dan bersungguh-sungguh dalam menabung supaya matlamat anda dapat dicapai. Oleh itu, anda perlu fikir-fikirkan bagaimana pelaburan sekarang akan membantu diri anda dalam mencapai matlamat diri Selain itu , anda juga perlu memikirkan berapa banyak wang yang diperlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja.

Kurangkan berhutang
Cuba kurangkan berhutang tetapi yang lebih baik kalau anda tidak berhutang. Hal ini kerana, sekiranya anda berhutang sudah tentu duit yang anda simpan akan digunakan untuk melunaskan hutang anda. Oleh itu , anda akan tiada duit simpanan untuk digunakan waktu kecemasan.

Berjimat selagi boleh
Belilah sesuatu itu mengikut keperluan bukan kehendak. Pastikan barang yang hendak dibeli betul-betul diperlukan… Di dalam musim pandemik ini, eloklah kalau anda membeli barang secara atas talian atau online sahaja. Ini bukan sahaja dapat jimatkan duit minyak malah masa dan tenaga dapat juga dijimatkan.
Semoga tips ini memberi manfaat kepada semua…
Terima kasih kerana membaca perkongsian ini...
Stay Safe dan Jangan lupa jaga SOP walau dimana anda berada…