Skip to content

AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADHAN

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

Menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)


Akhirnya ramadhan kembali lagi… bulan mulia yang dipenuhi dengan keberkatan. Bulan dimana pahala digandakan, dan doa diterima oleh Allah SWT. Bulan yang juga terdapat malam Lailatul Qadr yang sangat istimewa. Sepanjang bulan mulia ini, pelbagai amalan yang digalakkan untuk dibuat untuk memperoleh ganjaran pahala yang berganda. Antaranya amalan yang biasa kita lakukan pada bulan ini tak lain tak bukan Solat Tarawih. Tetapi tahukah anda sebenarnya banyak lagi Amalan Sunnah yang boleh anda lakukan pada bulan ramadan ini.

Antaranya…

1. Bersahur
Bersahur digalakkan bagi mereka yang berpuasa kerana ia adalah sunnah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Penat,letih dan mengantuk bukan lah alasan untuk kita tidak bersahur.
Ketahuilah sahur banyak memberi manfaat kepada tubuh badan anda seperti memberikan tenaga pada siang hari.
Tidak semestinya anda perlu makan makanan berat untuk sahur, makan kurma juga sudah dikira bersahur.


2. Bersedekah
Allah SWT benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ia menjanjikan banyak balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah. Bersedekah saat Ramadhan juga merupakan amalan rutin Rasulullah SAW.
Salah satu sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi teladan untuk lebih bersemangat dalam bersedekah di bulan Ramadhan adalah karena bersedekah di bulan ini lebih dahsyat dibanding sedekah di bulan lainnya. Diantara keutamaan sedekah di bulan Ramadhan adalah mendapat pahala lebih daripada orang lain.

3. Menahan Marah & berkata kasar

“Puasa adalah perisai. Maka janganlah dia berkata-kata kotor dan berbuat bodoh. Apabila ada orang lain yang memerangi atau mencacinya, hendaklah dia katakan, ‘Aku sedang puasa’ (dua kali).” (HR Bukhari)


Segala ujian yang datang hadapilah dengan senyuman, elakkan daripada mengeluarkan kata-kata kasar dan yang boleh menyakiti hati orang lain. Hal ini dapat mengurangkan pahala puasa seseorang. Cuba untuk tukar daripada bahasa yang kasar kepada bahasa yang lebih baik ataupun memperbanyakkanlah zikir dan berdoa.

4. Segera Berbuka
Masuk je waktu berbuka puasa segerakanlah berbuka, tinggalkan pekerjaan sebentar dan minumlah air. Tetapi lebih elok jika berbuka dengan makanan yang manis seperti kurma. Namun, jika tidak ada kurma maka dapat digantikan dengan makanan dan minuman yang manis lainnya asalkan itu halal.

5. Menghidupkan 2/3 malam

Seperti yang kita tahu, dalam bulan Ramadhan inilah Allah menyembunyikan malam Lailatul Qadr, di mana segala amalan akan dilipatgandakan pahalanya sebanyak 1000 bulan.

Daripada ‘Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. (Sahih al-Bukhari).

Jika sebelum ini kita sukar untuk bangun malam dan beriktikaf, inilah waktu yang paling tepat untuk memulakannya walaupun dengan sekecil-kecil amalan.

 

Walaupun ada sebahagiannya yang nampak mudah, amalan sunnah Ramadhan ini tak patut dipandang remeh. Lakukanlah sekecil-kecil sunnah kerana ia tetap akan mendapat kebaikan di sisi Allah.

Sebagaimana sabda Baginda:

“Barang siapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan orang-orang yang mencintaiku kelak akan masuk syurga bersama-sama aku,” 


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua.
Banyakkan beribdah dan berdoa di bulan Ramadhan, Semoga amal ibadah kita diterima Allah SWT.
Aamiin…..Aamiin

Jom dapatkan baju yang cantik-cantik dan selesa untuk dipakai ke Solat Tarawih di Hasnuri..
Design trendy dan yang paling penting READY STOCK & READY TO POST!


Blog Hasnuri.com

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login