Skip to content

5 KRITERIA OOTD CONFIRM ONZZZ PUNYA !

by Admin Hasnuri 23 Nov 2022 0 Comments

OUTFIT OF THE DAY (OOTD) telah menjadi fenomena pada waktu kini dan bukan sahaja melibatkan orang dewasa malah remaja dan kanak kanak juga turut terlibat. OOTD yang cantik dan ‘PERFECT‘ sangatlah penting bagi sesetengah individu kerana mereka akan berkongsi OOTD mereka di laman sosial media untuk dijadikan inspirasi kepada orang lain dan selebihnya menjadikan gambar OOTD sebagai kenangan

Ambil gambar OOTD kelihatan seperti mudah untuk dilakukan tetapi belum tentu gambar yang diambil beberapa kali itu cantik untuk dikongsikan. Untuk memastikan gambar OOTD cantik dan ‘PERFECT‘ ada beberapa kriteria yang perlu diperhatikan sewaktu mengambil gambar OOTD.

 

LATAR BELAKANG

Latar belakang yang kemas dan sesuai dengan pakaian yang anda gayakan sama ada bercorak atau plain/kosong memberi kesan tersendiri. Sekiranya baju yang anda pakai sudah bercorak elakkan daripada mengambil gambar denga latar belakang yang ‘crowded’ ia akan membuatkan anda kelihatan tenggelam dalam gambar. Oleh itu, cuba cari latar belakang yang tidak terlalu bercorak.

TIRU POSING ALA MODEL

Zaman serba canggih ini , handphone confirm sentiasa di tangan kan? Apa lagi scroll je instagram artis artis atau pun instafamous , cuba perhatikan gaya atau pose mereka mengambil gambar . Jadikan mereka sebagai inspirasi untuk anda cuba. Cuba pelbagai pose secara kandid dan nampak natural sehingga dapat foto yang terbaik. Pastikan juga outfit anda kemas dan tiada orang yang cuba cuba photobomb ya…

SUDUT/ANGLE SHOT

Orang yang ambil gambar ni sangatlah memainkan peranan ya, oleh itu kenalah bijak sikit dalam mencari angle yang sesuai untuk dapatkan gambar yang ‘on point’. Untuk nak nampak kelihatan lebih tinggi, ambillah gambar daripada bawah ke atas. Cara ini sangat sesuai dicuba oleh orang yang rendah

EDIT

Pelbagai aplikasi suntingan boleh dimuat turun di Apps Store atau Google Play store. Pilih aplikasi yang anda rasa mudah untuk digunakan. Jika anda tidak mahir minta tolong rakan yang mahir atau anda boleh je melihat tutorial edit di youtube. Jangan takut untuk cuba pelbagai teknik pada setiap gambar. Tapi awas! Jangan terlebih edit pula kerana ia boleh menjadikan gambar anda lebih buruk.

 

LIGHTING ATAU PENCAHAYAAN

DI dalam fotografi pencahayaan boleh dikatakan benda wajib yang kena ada sewaktu ambil gambar. Kekurangan pencahayaan akan membuatkan gambar yang diambil buruk dan apa yang dinginkan tidak tercapai. Oleh itu sebelum mengambil gambar, kenal pasti dulu arah cahaya. Bila pencahayaan dah cukup dan memuaskan hati barulah snapppppp. Elakkan mengambil gambar membelakangi matahari kerana boleh menyebabkan gambar anda gelap tetapi berada lah di posisi kedudukan di hadapan matahari, barulah gambar anda ‘on point’ haa gitu..

 

SEMOGA INFO YANG DIKONGSIKAN INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU ANDA DI LUAR SANA …

SELAMAT MENCUBA !!!

TERUSKAN MEMBELI BAJU DENGAN HASNURI , TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI !!!

Prev Post
Next Post

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Edit Option
Back In Stock Notification
this is just a warning
Login