Reseller

APA ITU RESELLER?

 

Suatu perniagaan yang melibatkan penjualan produk yang mana reseller hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan harga produk yang dijual setelah diberi diskaun harga reseller. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada reseller kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal yang besar. Reseller membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan di mana sahaja sama ada di rumah atau bekerja di Ofis kerana reseller tidak perlu mempunyai produk sendiri.

 

BAGAIMANA RESELLER BERFUNGSI?

Reseller berfungsi sangat mudah:

  1. Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada laman web official HASNURI di http://www.hasnuri.com
  2. Promosikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan gambar produk yang kami bekalkan.
  3. Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk di laman web official tersebut. Kemudian pihak HASNURI akan menghantar produk terus ke pelanggan anda. Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
  4. Anda mendapat keuntungan dengan mudah!


Diskaun untuk Reseller adalah bergantung kepada jenis produk. Lagi banyak produk anda berjaya jual lagi banyak untung yang anda akan dapat. Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Pihak HASNURI akan melakukan semua ini untuk anda. Anda hanya membayar kepada HASNURI untuk pesanan pelanggan setelah pelanggan anda membuat pembayaran kepada anda. Setelah proses pembayaran selesai, pihak HASNURI akan menguruskan segala-galanya dan sentiasa memastikan ianya berjalan dengan sempurna.

 

LANGKAH-LANGKAH MENDAFTAR SEBAGAI RESELLER

  1. Yuran Komitmen sebagai Reseller adalah RM50. Yuran ini adalah wajib dan tidak akan dikembalikan.
  2. Reseller yang tidak membayar yuran tidak akan dilayan sebarang order dan TIDAK LAYAK mendapat harga sebagai Reseller
  3. Yuran ini dikenakan kerana anda akan mendapat akses potongan harga produk kami sebagai reseller dan juga mendapat bahan-bahan promosi.
  4. Diskaun produk adalah berbeza mengikut produk. Untuk Reseller, diskaun adalah dari 10%-30% bergantung kepada jenis produk.
  5. Setelah membuat bayaran sebagai RESELLER, barulah anda layak mendapat potongan harga sebagai Reseller dan boleh menghantar order untuk pelanggan-pelanggan anda

 

4 LANGKAH MUDAH MENJADI AUTHORISED RESELLER HASNURI

  1. Daftar akaun di web kami di SINI
  2. Pilih “Select Plan” ke RESELLER
  3. Buat bayaran RM50 ke akaun ini.  CIMB: 8603037220 (Hasnuri Sdn Bhd)
  4. Emelkan ke sale.hasnuri@gmail.com mengikut format berikut:

Subjek emel : Pendaftaran AUTHORISED RESELLER HASNURI
Nama : Nama anda
No Telefon : No telefon yang mempunyai akaun whatsapp dan telegram
Alamat emel : Alamat emel yang anda daftarkan di web kami

P/S: Sertakan sekali bukti bayaran bersama emel. Proses pengesahan pembayaran dan naik taraf akaun kepada Reseller akan mengambil sama selama 1-2 hari bekerja. Harap maklum.